Daisypath Anniversary tickers

22 February 2010

Kebosanan

Buat julung-julung kali, malam ini aku bermalam di rumah Mak. Tanpa abang.. Huhuhu, bosan. Abang pergi berkursus ke PD 4 hari. Jawabnya, 4 hari juga aku kena tidur di rumah Mak. Bukan tak suka.. Seronok dapat tidur rumah Mak, cumanya seorangan.. Itu yang tak best.

Yang Best pasal tidur rumah mak:
  • boleh balik lewat. Sebab rumah mak dekat dengan pejabat. Kalau balik Alam Budiman, kena balik awal. Kalau tak, sangkut dalam traffic jam.
  • balik boleh rileks, tak payah fikir nak masak apa malam ni, sebab mak dah siap masak. Hehehe...
  • ada masa mengadap laptop, update blog. Sebab tak dapat tengok tv, ayah dah conquer... Huhuhu..
Yang Best kalau balik Alam Budiman:
  • Tak pening fikir baju apa nak pakai, sebab aku dengan abang aje ada di rumah. Lagi2 musim panas ni.. Hehehehe..
  • Boleh siram pokok kaktus aku.. Alamak, lupa nak siram pagi tadi. Harap2 hidpu lagi menjelang Khamis.
  • Tapi, yang paling best ialah.... Ada abang temankan aku.. huhuhu..


21 January 2010

BSN punya stail..

Aku tengah bengang dengan BSN sebenarnya. Dari tadi aku dail staf dia, engage dah dekat sejam. Mesin tu asyik cakap, "sila tunggu". Nak tunggu berapa lama daaa... Aku banyak kerja lagi nak buat. Ingat kerja aku dail telefon je ke? eeiiiiii... geram!

12 January 2010

Apa punca stress?

Aku ada pendapat, stress dan migrain aku berpunca dari:
  1. universiti tempat ku berkhidmat
  2. fakulti tempat aku mencari ilmu dan mencurah ilmu
  3. pusat pengajian tempatku berbakti
  4. unit kecil yang makin lama makin banyak konflik
  5. kumpulan kecil yang makin lama makin menyesakkan kepala otak aku
  6. dan... masalah peribadi orang lain yang buat aku lemas.........

14 December 2009

What a great holiday!

Lama betul tak bercuti-cuti Malaysia. Kali ni, aku dan abang buat plan last minit, bawa adik-adikku dan adik-adik iparku ke Cameron Highlands, tanpa menempah mana-mana tempat untuk menginap. Heheheh.. Kami fikir, kalau tiada hotel, balik sahaja lah.. hahaha..
And, it comes out, this unplan trip, has been the best we had this year! Seronok sangat. Giler betul tgk all kind of strawberries.. dari buah strawberi, bantal, payung, key chain and everything is strawberry in design. :D
enjoy the scene..







2 December 2009

Spirit

Baru selesai jalankan iCeL (International Conference on e-Learning) di UiTM. Alhamdulillah, walaupun banyak masalah yang ntahapahapa, konferen ni selesai jugak akhirnya. Seronok, dan aku berjaya juga membentang satu kertas kerja. Sebenarnya, ini kali pertama aku membentang sendiri kertas kerja ku. Sudah lima tahun bekerja, dah beberapa kertas ku tulis bersama rakan sekerja lain, ini kali pertama aku bentang sendiri. Hmm... Yang lain-lain, ada sahaja masalah yang menyebabkan penulis bersama yang terpaksa bentangkan. Alhamdulillah, akhirnya my first time dah settle. :)

So, tengah bersemangat nak menulis lagi. Target seterusnya: 4th International Conference on Communications and Information Technology (CIT''0) di Phuket Thailand. Jom!

16 November 2009

Aku dah fed up!

Sampai satu tahap, aku rasa fed up dengan kerja. Rasa nak berenti je. Tapi, agak mustahil la kan? Sebab aku ni masih terikat lagi dgn uitm nih. Tak apa lah... Kerja je la sampai pencen. Kalau tak, sape nk bayar ganti rugi kat uitm tu nanti?

So, apa pilihan yang aku ada? Antaranya:
1. Pegi sambung belajar kat luar negeri.
- best gak tuh. tapi, uitm takde bajet nak sponsor aku ke luar negeri. mana aku nak pergi?

2. Berenti kerje, jadi suri rumah sepenuh masa.
- pilihan yang tak masuk dek akal. sebab mana nak berumah kalau tak bekerja.

3. Ada lagi ke pilihan lain? selain buat je la kerja macam orang lain....

18 October 2009

Bahana Open House


Inilah kesan apabila bulan syawal makin sampai ke penghujungnya. Beginilah setiap hujung minggu sejak akhir-akhir ini... Jalan ini mula sesak sekitar 6 petang, di jalan menuju ke Puncak Perdana (sekitar tempat Altantuya dibom).. Sebenarnya, aku dalam perjalanan pulang, manakala yang sesak ni, jalan menghala keluar dari kawasan kami. Jem teruk, kereta berpusu keluar, mungkin sebab dah kenyang makan, mereka semua pun nak pulang ke rumah...

Perangai budak-budak zaman sekarang

Aku terkedu membaca email seorang pelajar bawah seliaanku. Memang aku telah minta pelajarku email proposal terakhir mereka untukku semak.. Cuba baca email pelajar ini, dan tolong lah komen..


20 August 2009

Salam Ramadhan Dan Keampunan




Assalamualaikum semua..

Memandangkan Ramadhan menjelang tiba, saya dengan serendah hati ingin memohon keampunan sekiranya ada tersalah kata, terkasar bahasa, tersilap bicara, termakan terminum, sengaja atau tidak sengaja.. Semoga Ramadhan ini membawa keberkatan dalam hidup semua muslimin di luar sana.

5 August 2009

7 Common Money Mistakes to Avoid

Got this forwarded by my hubby, just wanna share..

----------------------------------------------------------------------------------------------
7 Common Money Mistakes to Avoid


“I have been working for 20 years, yet I have very little cash in my savings. Sometimes I wonder where all of my money have gone to” - Mrs Chong, Executive


Does the above statement sound familiar? If you ask around, you are sure to find at least one person you know, who share the same sentiments as Mrs. Chong.

If you are thinking of improving your financial health, first, you need to be able to recognize your financial mistakes so that you can learn not to repeat them.

Here are some commonly made money mistakes that everyone should avoid:

Mistake #1:
Failing to Plan

If we carry out a survey on the people around us, we would be sure to find that not many of us plan our finances. The most common response that we can anticipate would be the classic excuse “We are just too busy with work and family that we hardly have any time left to do the planning”. As a result, most of us end up paying higher taxes, leave our savings sitting silently in lousy investments for years or overpaying for financial products. Since there are always deadlines to be met at work, we tend to let our finances run its own course, thinking that it is of lower priority as there are no deadlines to meet nor is there anyone to force us to look into our financial plans, unless of course we run into serious deficit.

However, the important point to note here is that PLANNING is typically found to be a strong habit among people who have successfully accumulated wealth, even with just a modest income.


Mistake #2:
Spending Beyond Our Means

Nowadays, we constantly overspend due to peer pressure and consumer temptation that surround us on a daily basis. We are, to a certain extent, exposed to mild brainwashing with TV commercials, newspaper ads, sale circulars, and flashy shopping malls promoting the lifestyles adopted by the rich and famous, which of course involves having the latest mobile phone models, the latest luxurious cars, latest fashion trend. All these tempt us into spending exorbitantly and unnecessarily. The signals we get from not jumping on the bandwagon is that we will be considered left out of today’s scene. However, in order to do so, far too often, we end up spending way beyond our means. We will find that at the end of each month, the net salaries that go into our bank account are usually meagre, after servicing our car loans, housing loans, credit card bills and other utility bills.


Mistake #3:
Spending Future Money

Buy now and pay later! This has become a norm nowadays and the credit card has become a must-have item in our wallet. In fact, a lot of us carry more than one in our wallets. No doubt it is a convenient item to have around, however, some of us misuse it and treat it like a vehicle to spend our future money at will. It has become a common phenomenon where, by just settling the minimum payment at the end of the month, you will buy more now. As a result, the credit card bad debt snow-balls to an extent beyond our control. According to the bankruptcy report, the percentage of people declared bankrupt due to default in credit card payment has increased in the last few years especially among the younger age group. Be wise when using credit card. Making minimum monthly payment on credit card debt allows you to buy more now, but it will cost you dearly in the future.


Mistake #4:
Delaying Saving for Retirement

Most of us aim to take up early retirement. In order to achieve this, we need to plan our finances to make sure that we have enough savings to sustain the life style that we desire even after retirement. However, many of us find that even when we approach retirement, we still struggle to meet the savings target that we have set for ourselves earlier. As our income grows, our savings are supposed to increase as well, instead, we more often than not, have big items to spend on, i.e. house upgrading, new car purchase, club membership to keep up with our peers, etc., that prevents us from depositing more into our savings.


Mistake # 5:
Investing in the Wrong Products

There are various kinds of financial products in the market. However, in order for us to identify the right product that suits our risk and return profile, we need to equip ourselves with some basic investment knowledge and do the homework ourselves. Instead, most of us end up investing in some products, simply because we rely too much on the financial advisers, who might have the agenda of pushing higher sales for their products and therefore providing misleading information to us. It is always important to study the product characteristics or the management team track record before investing.


Mistake #6:
Not Saving for a Rainy Day

Some of us think that purchasing insurance is a waste of money. However, we are vulnerable if we and our family do not have insurance to cater for any loss of income. In the event of some unfortunate incident, especially those affecting the family’s bread winner, without any cash reserve or insurance, it will be devastating to the whole family. By then, it would be too late to start thinking of income replacement.


Mistake #7:
Focusing Too Much on Money Matters

All the above tell us to focus on our finances. However, on the other extreme, we must also not be too engrossed in accumulating our wealth to the extent that we lose sight of other priorities in our lives. While we plan our financial health, we must not neglect our own health, family and friends, career satisfaction and fulfilling interests. Without these, even with tons of money, we will not be happy.

Lastly, we need to remind ourselves of the importance of planning our finances. If we are not fully, totally and truly committed to creating wealth, chances are wealth will remain estranged to us.
-----------------------------------------------------------------------------------------------

24 July 2009

H1N1 di UiTM

Salam.. Sebagaimana yang kita lihat di akhbar dan juga rancangan berita perdana setiap hari, satu demi satu cawangan UiTM ditutup kerana H1N1. Pagi ini lebih gempar lagi... Cuti pertengahan semester yang dijadualkan pada minggu ke-10, iaitu hujung bulan puasa, telah ditarik ke minggu hadapan! Aiyo... Aku terkejut besar. Maknanya, para pelajar diarahkan balik ke kampung halaman serta merta, sedangkan kami para pendidik haruslah duduk di dalam universiti. Huhuh.. Kenapa tak ditutup sahaja? Senang aku boleh bercuti di rumah dengan amannya. :(

10 July 2009

Another trip of i-Learn training

Ahad lepas, aku ke UiTM Jengka pula untuk sesi latihan penggunaan sistem i-Learn. Aku dan abang pulang ke Gombak awal pagi itu, kerana ada rombongan merisik nak datang ke rumah Ummi. Hmm.. sampai rumah ummi lebih kurang jam 10. Rombongan dari Grik tiba pukul 11 lebih. Alhamdulillah perbincangan berjalan lancar. Cuma bakal pengantin masak nasi terlembik.. Hehehe.. Mujur sempat tanak nasi baru. Nasi yang terlembik akhirnya jadi nasi impit. Ermmm... Sedapnya makan hari tu. Ummi masak, memang ada kelas..

Malam, jam 10 malam, team i-Learn yang lain menjemput ku di Stesen Minyak tepi MRR2. Kami berlepas pula ke Jengka dan tiba jam 1 pagi. Aduh, Mercu View, tempat penginapan kami agak menakutkan. Sampaikan kami berempat, meminta bilik yang bersambung, dan tidur dengan membiarkan pintu penghubung bilik sentiasa terbuka.

Hari Isnin, hari pertama bengkel. Kami cuma jalankan separuh hari. Petangnya, kami ke Lepar Utara (kampung Hasrol) untuk menjamu durian. Walaupun aku tak makan durian (kecuali durian belanda..) aku kekenyangan seperti ular sawa. Manakan tidaknya, aku melantak hampr sebakul rambutan dan manggis. Ditambah dengan mi goreng yang kakak Hasrol masak untuk kami. Sedap sangat!!

Hari kedua pula, bengkel juga separuh hari. Kami ke Jengka 11, sekali lagi dijamu dengan rambutan dan durian. Aduh.. Naik kembung perutku. Hari ketiga, no more durian! Aku dah tak tertahan bila ada yang terken*** atau sendawa dalam kereta. Ditambah pula dengan jalan yang agak bengkang bengkok. So, hari ketiga kami pakat-pakat untuk terus balik ke Shah Alam. Satu trip yang seronok walaupun agak bosan di Jengka. Pekan kecil itu mungkin tak sesuai untuk aku. Maaf, bukan nak mengutuk. Cuma, aku sudah terbiasa dengan 'kampung'ku, Shah Alam.

23 June 2009

What a head ache..

Ahad kelmarin, aku sepatutnya pergi UiTM Seri Iskandar untuk satu lagi sesi training i-Learn. Dah berkobar-kobar nak pergi. Pagi-pagi Ahad, aku dan Abang dah bertolak dari Gombak, balik ke Shah Alam. Selepas appointment dengan dentist, kami akan pulang ke rumah untuk mengemas pakaian dan barang yang hendak ku bawa.

10.30 am, kami tiba di klinik Pergigian Zahida, Seksyen 8. Lebih kurang setengah jam menunggu, aku pun dipanggil masuk. Itu setelah Abang selesai perjumpaan dengan doktor. Seperti setiap tahun, aku bertemu doktor gigi, untuk memastikan kesihatan gigiku. Terkejut aku apabila doktor wanita itu memberitahu yang empat gigiku perlu ditampal. dan Kesemua geraham bongsuku perlu dicabut. Hah?? Berkenaan tampal tu, aku agak keliru. Aku tidak ada merasakan kesakitan kerana gigi berlubang. Malah tahun lepas, doktor juga sudah memeriksa gigiku. Aiyo! Cabut? Memang geraham bongsu (Atas Kanan) aku selalu menyebabkan aku mendapat ulser mulut. Ini kerana kedudukannya yang menggigit gusi bawahnya. Jadi, aku terus bersetuju untuk mencabut gigi itu. Doktor itu pun membiusku, dan selepas 10 minit disuruh menunggu,....

Apa lagi, selepas tu, aku dengan jayanya tak boleh bercakap, dan sakit kepala yang teramat. Terus balik rumah, tidur... Abang tolong kemas rumah, hehehe.. Ummi datang senja tu, aku bangun sekejap. Malam, sambung tidur. Aduh tak terkata sakitnya. So, Hasrol, sorry ajer la, aku tak dapat pergi ke Seri Iskandar. :P

16 June 2009

Trip to Kelantan

Buat pertama kali, aku menjejakkan kaki ke Kelantan. Mujur ada i-Learn training di sana, adalah peluang aku ke Kelantan. Ratna sms, just a day before we left Shah Alam. Rupanya Ratna yang menjadi urusetia kat sana. Alhamdulillah, seronok dapat bertandang ke Kota Bharu. Thanks Ratna, for everything.

Hari pertama, makan nasi ulam yang sedap dekat Pusat Kraftangan. Lepas tu, ke Pantai Cahaya Bulan, makan sata dan otak2. Malam, makan kat tepi kubur hehehehe...

Hari kedua, most of the time kat dalam UiTM Machang. Bagi training sistem i-Learn. Malam, kami ke Wakaf Che Yeh. Kak Jue shopping sakan. Aku kepenatan. Makan malam kuey teow goreng kat gerai.

Hari ketiga, selesaikan latihan flash cepat sikit. Sebab nak kejar flight balik. Sempat singgah nak beli murtabak diraja kononnya. Tapi, malangnya murtabak dah abis... Huhuhu kempunan. Malam tu, flight balik ke kampung halaman. Abang jemput di airport.

3 June 2009

Finally...

Akhirnya, setelah hampir dua tahun, aku akhirnya dapat berpindah secara rasminya ke rumah baru. Kami kini tidak lagi di Bukit Kuda, tetapi kini di Alam Budiman. Alhamdulillah.. Syukur.

Seminggu, masa yang ku ambil untuk berkemas. Dua hari urusan mencuci rumah dan memindahkan barang. Kini, tinggal mengemas sikit-sikit barang-barang dalam stor. Hmm.. Thanks a lot to everyone yang sudi membantu. Alhamdulillah, mak ayah, Aishah yang sudi temankan aku sepanjang dua hari itu, Shima yang kene pos untuk menolong kami berpindah. Ummi, dan semua yang menolong. Mujur juga ada Idris, Oncu, Hafiz, Azran dan Aizul tolong angkat perabot. Thanks a lot!

Ok, hari ni aku masuk kerja semula. Lot of things to do. :)

13 May 2009

Wira SE (AT) 1.5

Hari ni, aku dan abang dah ambil keputusan nekad. Nak jual Wira kesayangan ku. Aku yang mulakan idea ni. Sebab aku dok membelek bil kad kredit, dan aku terfikir betapa selama ini, kami banyak membazir. Dua kereta, menyebabkan belanja rumah kami selama ni, boleh dikatakan dua kali. Sedangkan, abang cuma memarkir keretanya di stesen LRT setiap hari. Baik, aku sahaja yang menghantar dan mengambilnya setiap hari. Sebenarnya memang sudah kufikirkan hal ni dari dulu. Tapi, masih sayangkan kereta pertamaku ini...

Idea ni menjadi semakin kukuh, apabila kami mendapat kunci rumah baru. Keadaan porch kereta yang agak membukit, membahayakan keretaku. Kerana Wira SE, memang terkenal dengan keadaannya yang rendah. Jadi, ini menambah sebab mengapa kami harus lepaskan Baby Wira pergi. Hmmm...

Jadi, aku dengan nekadnya mengambil keputusan ini. Siapa yang berminat untuk membeli kereta Wira ku, boleh lah menghubungi aku. :)

10 May 2009

Peperiksaan akhir dah berakhir

Hmm.. Sekarang, aku sedang duduk kebosanan dalam Bilik Operasi Peperiksaan. Bosan sungguh. Mengantuk sangat rasanya. Dengan jayanya aku telah membacuh Kopi Hang Tuah yang ada disediakan di sini. Ok.ok. Aku tahu.. Aku tak boleh minum kopi. Maaf je la Cik Lin. Can't resist the sleepiness..

Hari ni, hari terakhir Peperiksaan Akhir April 2009. Alhamdulillah, tak ada major problem hari ni. Aku asyik mencari idea tentang jenis langsir yang hendak ku pasang di rumah baru nanti. Ok, aku belum umumkan di sini.. Aku akan berpindah ke rumah baru kami tak lama lagi. InsyaAllah hujung bulan ni. Tak sabar rasanya. Tapi, dalam masa yang sama, rasa macam berdebar. Nak masuk rumah sendiri. Dengan suami tercinta. Huhuhu.. Setelah hampir setahun kami di Bukit Kuda, insyaAllah lepas ni, ke Alam Budiman.

Seronok sangat nak pindah rumah. Cuma kekadang kurang excited kerana sibuk dengan kerja. Kesihatan nak kena jaga juga. Cik Lin dah admitted semalam sebab disyaki denggi. Baik aku berjaga2..

Ok, sedikit update tentang diriku setakat ni. Aku kini sudah menjadi ahli dalam dua bisnes jualan langsung. Apa lagi kalau bukan Tupperware dan HPA. Bukan hendak menjadi usahawan. Cuma menjadi ahli untuk kegunaan diri sendiri sahaja. Sesiapa berminat, boleh juga menghubungi aku untuk dapat makluman lebih.

5 May 2009

Selamat Hari Ibu

Orang kata aku lahir dari perut mak..
(bukan org kata...memang betul)


Bila dahaga, yang susukan aku....
mak
Bila lapar, yang suapkan aku....
mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ..
mak
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut....
Mak
Bila bangun tidur, aku cari....
mak
Bila nangis, orang pertama yang datang ....
mak
Bila nak bermanja, aku dekati....
mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah....
mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya....
mak
Bila nakal, yang memarahi aku....
mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma....
mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah....
mak
Bila takut, yang tenangkan aku....
mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk....
mak
Aku selalu teringatkan ....
mak
Bila sedih, aku mesti talipon....
mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu.....
mak
Bila bengang.. aku suka luah pada..
mak
Bila takut, aku selalu panggil...
"mmaaakkkk! "
Bila sakit, orang paling risau adalah....
mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga....
mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu....
mak
Bila ada masalah, yang paling risau....
mak
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni..
mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku....
mak
kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk.....
mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku....
mak
Yang selalu berleter kat aku...
mak
Yang selalu puji aku....
mak
Yang selalu nasihat aku....
mak
Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk.....
mak

Aku ada pasangan hidup sendiri....


Bila seronok, aku cari....pasanganku
Bila sedih, aku cari....
mak

Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada....
mak

Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat....
emakku

Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah....
mak

Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan â€Å“Selamat Hari Ibu”

Selalu.. aku ingat pasanganku
Selalu.. mak ingat kat aku

Bila-bila... aku akan talipon pasanganku
Entah bila... aku nak talipon
mak

Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk
emak

Renungkan:
"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim wang untuk mak?
mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".

Berderai air mata jika kita mendengarnya........

Tapi kalau mak sudah tiada.....
.....
MAKKKKK...RINDU MAK.... RINDU SANGAT....




Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....
berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya.....
berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya.......
berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....

berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....

dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......
Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.Kos upah membantu ibu:
1) Tolong pergi kedai : RM4.00
2) Tolong jaga adik : RM4..00
3) Tolong buang sampah : RM1.00
4) Tolong kemas bilik : RM2.00
5) Tolong siram bunga : RM3.00
6) Tolong sapu sampah : RM3.00
Jumlah : RM17.00

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.
1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA


Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh siibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata,

"Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada mukasurat yang sama ditulisnya.
"Jika kamu menyayangi ibumu, "forward"kanlah Email ini kepada sahabat- sahabat anda.

28 April 2009

Paras Gula Dalam Darah

Dah seminggu, sibuk kerja. Sibuk uruskan abang yang semakin sibuk dengan peperiksaan dan assignment. Makan, bila sempat. Tidur lambat. Bangun tidur lagi lambat. Bertambah kerja nak hantar abang sebab sama-sama bangun lambat. Kesian jugak kat abang, kalau lambat sikit, dah tak ada parking di Stesen LRT Kelana Jaya. So, sebagai isteri mithali (konnya la...) aku pun sukarela nak menghantar dan menjemput.

Ok, disebabkan sibuk, badan letih. Disebabkan musim panas, rasa nak minum air sedap je. So, air yang paling sedap bagi aku sekarang, Tropicana Twister (tak kira la oren ke, apple). Kesannya? Ntah. Yang aku tahu, dah seminggu kepala asyik pening. Dengan gastrik asyik datang.. Pagi ni, kak Lin bawa alat sukat bacaan gula dalam darah. Aku pun gatal la nk cuba. Bacaannya? 8.7! Aiyo!! terkejut semua org. Apsal tinggi? Risau la plak...

Takpe.. Takpe.. Jom ubah gaya hidup. Abang, no more Twister after this, okay?

18 April 2009

Anak


Anak? Hmm… Bukan.. Bukan seperti yang anda fikirkan. Mungkin anda mula tertanya-tanya, Zaida dah mengandung ke? J Betapa ku mengharapkan itu terjadi.

Tujuan post kali ini, cuma sekadar meluahkan perasaan. Seringkali aku ditanya tentang anak.

FAQ: Bila nak bertiga? Korang ni merancang ke? Nak berlumba dengan kakak ko ke?

Jawapan standard: Belum lagi.. InsyaAllah bila ada rezeki…

Reaksi spontan: Sama ada terdiam, atau meneruskan lagi kata-kata sinis.

Bukan kami tidak mengharapkan zuriat. Bukan kami mengamalkan pil perancang. Bukan cuma sekali air mata menitis mengenangkan keadaan. Bukan tidak cemburu melihat kawan-kawan bergembira menimang cahayamata.

Kami sememangnya mengharap. Kami berusaha. Kami tumpang gembira dengan berita gembira teman-teman. Cuma yang kami harapkan, fahamilah perasaan kami. Kadang-kadang aku sampai rasa tidak mahu bertemu sanak saudara. Terutama yang ada mulut, tapi kurang perasaan. Memang betul kata Cik Lin, cuma yang mengalami mampu memahami. Dulu, aku sendiri kurang memahaminya. Walaupun ia wujud dalam keluargaku. Tapi, setelah mengalami sendiri, barulah kufahami…

Walaubagaimanapun, kehadiran Siti Aisyah sebelum ini memang telah menghiasi hidup kami. Selama tiga minggu Aisyah bersama kami, aku belajar serba sedikit tentang dunia keibuan. Walaupun kami masih bersedih kerana Aisyah sudah diambil semula oleh ibunya di Sg Petani, kenangan bersamanya takkan ku lupakan. Hingga kini, masih terlihat-lihat Siti Aisyah bermain di ruang tamu. Ketika menyeterika pakaian, terbayang Aisyah bermain di bawah iron board. Aisyah memang gemar bermain di situ ketika aku menyeterika. Apabila pulang ke rumah Mak, terlihat-lihat Aisyah sedang tidur di dalam buaian. Hmm.. Rindunya pada Aisyah. Kadangkala, aku curi-curi cium baju Aisyah dalam almari. Mak sengaja simpan baju yang dipakainya pada hari terakhir di sini. Baju kecil itu, memang sengaja tidak dicuci. Bau bayi masih terhidu pada baju itu…

Hmm.. Cukuplah..



17 March 2009

Pengalaman menjadi ibu segera...

Pengalaman paling berharga.

Hari Sabtu, bertemu mata dengan Siti Aisyah. Takde perasaan sangat. Betul ke, nak ambik budak ni?? Malam, tidur dengan Aisyah... Satu perasaan yang susah hendak ku terangkan.

Hari Ahad. Pagi-pagi hendak bergerak pulang ke Kuala Lumpur. Perjalanan lebih kurang 5 jam. Boleh ke, anak ni? Mujur Ummi dan Shima rajin melayan karenahnya. Dan mujur berbekalkan biskut Marie.. :) Aisyah tak banyak meragam, Alhamdulillah.

Petang, sampai di Gombak, semua orang mengerumuni Aisyah. Tapi, Aisyah rileks je. Bersembang, bermain.. Tak peduli dengan siapa. Abang dan aku bawa dia ke SACC untuk beli sedikit barang keperluan Aisyah. Kemudian ke rumah Mak, di Shah Alam. Seronoknya semua orang, gembira dengan kehadiran Aisyah. Mak, dan Ayah excited sungguh. Malam, pulang ke Bukit Kuda. Aisyah tersedar setelah masuk rumah. Menjerit-jerit menangis. Mujur ayahnya boleh pujuk. Kemudian, kami cuba tidurkan. Pengalaman menidurkan bayi, sampai kami sekali tak dapat tidur.. Jam 4.30 pagi, Aisyah sudah terjaga. Aduh.. penatnya.

Isnin. Kak Nor datang menjemputku di rumah. Aku belum yakin hendak memandu bersama Aisyah sahaja. Tinggalkannya di rumah Mak sementara aku ke pejabat. Mak seronok sangat dapat cucu, belikan buaian dan baby walker untuk Aisyah. Terima kasih mak... Petang, pulang dari pejabat, aku kendong Aisyah, dan bawa pulang ke rumah. Berbekalkan botol susunya, Aisyah tertidur dalam perjalanan.. Senang hatiku. Sampai di rumah dia terus tidur.. Sampai ayahnya pulang dari pejabat. Makan malam, dan ku tidurkan atas tilamnya. Kali ini lebih mudah. Padamkan semua lampu, berikannya susu.. Sekejap sahaja, lena... Alhamdulillah, tidur nyenyak sampai ke pagi. Ibu sayang Aisyah...

16 March 2009

Siti Aisyah

Siti Aisyah... Penyeri hidupku dan Zaid. Alhamdulillah.. Walaupun bukan anak sendiri, Aisyah kami sayang lebih dari itu. Walaupun mungkin Aisyah takkan lama bersama kami, kami tak peduli.. Ummi memanggilnya Tisya. Namun, kami lebih sukakan nama Aisyah.. Sayang Aisyah!! :)

27 February 2009

Post epiLasik (almost 6 months)

Semalam, Kak Mi dan Kak Lin temankan ke Optimax. Untuk pemeriksaan rutin tiap bulanku. Agak gembira, Ku Izwan, optometrist di situ beritahu, jarak penglihatanku sudah 6/6. Power untuk penglihatan juga sudah turun ke 0 untuk mata kanan, masih ada 25 bagi mata kiri. Alhamdulillah.. Walaubagaimanapun, ia belum stabil. InsyaAllah bulan depan, jika power tak berubah, maka is akan stabil di tahap itu. Hmm... Cuma silauku, masih tinggi. Ada dalam 100 dan 75. Ini menyebabkan aku memang susah hendak memandu malam. Masih boleh, tapi aku tak selesa. Ya Allah, kurangkan lah silau mata ku ini...

Keadaan mataku? Setelah dalam tempoh ini, aku merasa makin selesa. Sudah lupa perasaan bersusah payah mencari cermin mata setiap kali bangkit dari tidur. Sudah lupa perasaan rimas pabila mandi, kerana tak nampak botol syampu di mana. Sudah lupa perasaan kelam kabut nak betulkan cermin mata yang jatuh dari hidung... :) Ya Allah, bersyukur sangat akan keadaan sekarang. Malah aku lebih prihatin terhadap keadaan mataku. Tiada lagi perangai menggosok mata yang gatal. Cuma, kemalasanku menitiskan eye-drop membuatkan mataku lebih cepat kering. Bila kering, gatal lah kan? Padan muka aku. :P

26 February 2009

Suka Khamis

Hari khamis, memang hari yang seronok bagi aku. Sebab?
  1. takde kelas... ertinya, aku boleh keluar beli barang, or pergi optimax check mata, or dok ofis, study tanpa gangguan
  2. takde kelas... ertinya, aku boleh pakai baju apa aku suka, takyah la dress up sakan kalau takde mood, takde pelajar yang nak komplen.
  3. takde kelas... ertinya, aku boleh masuk ofis lambat, takyah kejar-kejar nak bersesak kat jalan, dan terutamanya kat pintu gate uitm jam 8.30 pagi.
Hari khamis lebih seronok, bila aku ada semangat nak kerja. Aku akan gunakan banyak masa kat ofis, study, study, study... Boleh siapkan marking paper, boleh tulis paper... Takyah la pening-pening nak kejar pergi kelas.

Satu lagi sebab, hari esok, hari Jumaat. Hari yang aku takde kelas juga...

Kesimpulannya, aku suka Khamis. :)

20 February 2009

Pertama kali

Semalam, buat pertama kali, aku melihat keberangan suamiku. Huhuhu.. Setelah 8 bulan usia perkahwinan, baru aku percaya kata Ummi, tentang perangai anaknya yang satu ini. Tapi, alhamdulillah, Allah itu Maha Adil dan Maha Mengetahui. Perasaan marah itu tidak langsung singgah di hatiku. Sedangkan sebelum ini, aku agak pantang kalau orang marah-marah seperti itu. Biasanya aku akan rasa marah dan meluat. Tapi, kali ini aku senyum sahaja. Ku akui, ada sikit perasaan kecut perut. Tapi, tak lama.. Aku bersyukur sangat, kerana aku tidak lagi seperti dulu. Iye lah... Kalau dua-dua marah, tentu macam menyimbah minyak ke dalam api. Betul tak? Ya Allah, semoga aku akan dijadikan orang yang bersabar. Dan, alhamdulillah.. Kemarahan itu tidak lama. Selepas itu, sudah boleh bergurau senda.

Suamiku, sebenarnya bukan seorang yang pemarah. Tapi, keadaan semalam, memang agak menyakitkan hati. Mungkin itu yang membuatkan sikap terpendam itu keluar. Tak mengapa lah.. Aku lebih mengenali dirinya. He's the one and will always be the one.

17 February 2009

Geram... Geram

Geram betul pagi ni.. mana tidaknya? Semalam, aku baru sahaja marah seorang student..

Student: Puan, macamana ye? Saya lupa nak buat validasi...
Aku: Hmm... Nak buat macamana? Dah you yang lupa, apa saya boleh buat? Tunggu je la.

Untuk makluman, validasi adalah proses pengesahan pendaftaran kursus setiap semester. Sudah belajar beberapa semester, boleh lupa juga? Dulu, masa zaman aku belajar di UiTM, proses validasi lebih leceh lagi. kami terpaksa beratur di pejabat am, dan memeriksa senarai yang di print, satu persatu. memastikan semua subjek ada didaftarkan. kemudian tandatangan dalam buku besar tu. Zaman makin canggih. Proses validasi kini hanya perlu menekan satu butang di laman web ISIS. Susah sangat ke, nak buat? Bukan perlu berjemur pun.... Dan, yang lagi buat ku geram, pelajar yang sama, aku sentiasa nampak online di yahoo messenger. Sibuk buat apa?

Ok, tak cukup geram dengan itu. Pagi ini, hatiku makin panas. Ingin sahaja aku menjerit.. (atau aku sudah pun terjerit dalam telefon).

Adik: Hello, akak.. Macamana ni? Adik lupa buat validasi...
Aku: ???

14 February 2009

Kelas batal

Hmm... Terpaksa batalkan kelas hari ini. Sebab? Sejak semalam, perutku sakit sangat-sangat. Kenapa? Entah... Aku pun tak pasti. Ada masanya, aku sampai tak boleh bangun. Tak mengapa lah kot.. Next week akan ku ganti kelas yang kubatalkan hari ni. Rasanya masih tak lari dari jadual...

Dalam pada sakit perut, aku masih teringin nak pergi membeli belah. Huhuhu.. Tapi, ku batalkan aje hasrat aku sebab Fiqah tak mahu temankan aku. Takpe la.. Tunggu dah sihat nanti, aku pergi lah dapatkan Canon A100 yang kuidamkan tu.. :P

Petang nanti, aku akan ke KL. Abang mengajak tidur di rumah Ummi malam ini. Ada orang nak datang ke rumah ummi katanya. :) Heheheh...

Ok la dulu... Adus.. sakit perut lagi.. Tata..

11 February 2009

Aktifkan semula

Terpaksa aktifkan semula blog ini, dengan sedikit perbedaan. Terpaksa mengalih sedikit kerana, nampaknya pelajar-pelajarku sudah mula mencampuri urusan peribadi. Mungkin setelah mereka membaca zaid2zaida, mereka rasa mereka telah terlalu mengenali diriku. Hmm.. Takde privasi langsung. Maaf ye, selepas ini, perkara-perkara yang tak mahu kukongsi dengan pelajarku, akan ku tulis dalam ruangku ini. :)

6 January 2009

Baru

Tahun baru, azam baru, ruang baru... Mulai tarikh ini, ruangku akan berpindah ke ruangan baru.

Motif perpindahan: Sempena hidupku yang kini bukan lagi sendiri..
Alamat terkini: http://zaid2zaida.wordpress.com/
Tarikh kuatkuasa: serta merta.
Memo terakhir:
Semoga ruangan ini menjadi kenangan di zaman silam. Dan kita lakarkan masa hadapan di ruangan baru bersama 'boyfriend, sahabat dan suami yang sporting' (ayat Ekin buat Mawi... :P).


3 January 2009

Hari Terakhir

Hari ini, hari terakhir usia ku dua puluh tujuh tahun. Esok angka itu akan meningkat. Dua puluh lapan... Hmm.. Dah makin tua rasanya...

Apa hajat ku sempena ulangtahun kelahiranku? Hmm... Hanya seorang sahaja yang memahami hajat hatiku.. Siapa lagi kalau bukan cik abangku yang tercinta. Tentunya aku sangat bersyukur kerana dikurniakan seorang suami yang penyayang, memahami dan segala-galanya buatku. :)

Hari terakhir ini, merupakan hari pertama aku mngajar kelas Masters setelah beberapa semester tidak menceburkan diri dengan pengajaran pelajar terpelajar ini.. Alhamdulillah, semua berjalan lancar. Tidak lah seperti yang kugerunkan sangat...

Thanks Kak Lin for the early birthday wishes. Semoga berjaya dalam prosedur esok. InsyaAllah semuanya akan berjalan lancar. Dan harap akan berjangkit pada saya pula... :)