Malam, jam 10 malam, team i-Learn yang lain menjemput ku di Stesen Minyak tepi MRR2. Kami berlepas pula ke Jengka dan tiba jam 1 pagi. Aduh, Mercu View, tempat penginapan kami agak menakutkan. Sampaikan kami berempat, meminta bilik yang bersambung, dan tidur dengan membiarkan pintu penghubung bilik sentiasa terbuka.
Hari Isnin, hari pertama bengkel. Kami cuma jalankan separuh hari. Petangnya, kami ke Lepar Utara (kampung Hasrol) untuk menjamu durian. Walaupun aku tak makan durian (kecuali durian belanda..) aku kekenyangan seperti ular sawa. Manakan tidaknya, aku melantak hampr sebakul rambutan dan manggis. Ditambah dengan mi goreng yang kakak Hasrol masak untuk kami. Sedap sangat!!
Hari kedua pula, bengkel juga separuh hari. Kami ke Jengka 11, sekali lagi dijamu dengan rambutan dan durian. Aduh.. Naik kembung perutku. Hari ketiga, no more durian! Aku dah tak tertahan bila ada yang terken*** atau sendawa dalam kereta. Ditambah pula dengan jalan yang agak bengkang bengkok. So, hari ketiga kami pakat-pakat untuk terus balik ke Shah Alam. Satu trip yang seronok walaupun agak bosan di Jengka. Pekan kecil itu mungkin tak sesuai untuk aku. Maaf, bukan nak mengutuk. Cuma, aku sudah terbiasa dengan 'kampung'ku, Shah Alam.


Jengka itulah tanah tumpah darahku... Saya lahir kat Hospital Jengka tu. Macam pekan cowboy kan, hehe... Lain kali singgah le Jengka 16 *(^_^)*
ReplyDelete