Anak? Hmm… Bukan.. Bukan seperti yang anda fikirkan. Mungkin anda mula tertanya-tanya, Zaida dah mengandung ke? J Betapa ku mengharapkan itu terjadi.
Tujuan post kali ini, cuma sekadar meluahkan perasaan. Seringkali aku ditanya tentang anak.
FAQ: Bila nak bertiga? Korang ni merancang ke? Nak berlumba dengan kakak ko ke?
Jawapan standard: Belum lagi.. InsyaAllah bila ada rezeki…
Reaksi spontan: Sama ada terdiam, atau meneruskan lagi kata-kata sinis.
Bukan kami tidak mengharapkan zuriat. Bukan kami mengamalkan pil perancang. Bukan cuma sekali air mata menitis mengenangkan keadaan. Bukan tidak cemburu melihat kawan-kawan bergembira menimang cahayamata.
Kami sememangnya mengharap. Kami berusaha. Kami tumpang gembira dengan berita gembira teman-teman. Cuma yang kami harapkan, fahamilah perasaan kami. Kadang-kadang aku sampai rasa tidak mahu bertemu sanak saudara. Terutama yang ada mulut, tapi kurang perasaan. Memang betul kata Cik Lin, cuma yang mengalami mampu memahami. Dulu, aku sendiri kurang memahaminya. Walaupun ia wujud dalam keluargaku. Tapi, setelah mengalami sendiri, barulah kufahami…
Walaubagaimanapun, kehadiran Siti Aisyah sebelum ini memang telah menghiasi hidup kami. Selama tiga minggu Aisyah bersama kami, aku belajar serba sedikit tentang dunia keibuan. Walaupun kami masih bersedih kerana Aisyah sudah diambil semula oleh ibunya di Sg Petani, kenangan bersamanya takkan ku lupakan. Hingga kini, masih terlihat-lihat Siti Aisyah bermain di ruang tamu. Ketika menyeterika pakaian, terbayang Aisyah bermain di bawah iron board. Aisyah memang gemar bermain di situ ketika aku menyeterika. Apabila pulang ke rumah Mak, terlihat-lihat Aisyah sedang tidur di dalam buaian. Hmm.. Rindunya pada Aisyah. Kadangkala, aku curi-curi cium baju Aisyah dalam almari. Mak sengaja simpan baju yang dipakainya pada hari terakhir di sini. Baju kecil itu, memang sengaja tidak dicuci. Bau bayi masih terhidu pada baju itu…
Hmm.. Cukuplah..


huhuhu... tahniah sebab entry awak kali ni dah buat kak lin nangis..huhuuhuuh sedeyy
ReplyDeleteZaida...pe yg kite nak ckp..bersabarla...dan jgn terlalu mengharap...berdoala dan berusaha...ade org kata, klu kite terlalu mengharap, bile x dpt, kite akan kecewa..
ReplyDeleteSalam Zyda, sy doakan awk cpt2 dpt baby ye. InsyaAllah.
ReplyDeleteRilek la bedah.. baru sethn.. tp kalau ko nk tips.. aku bole je bg.. itu pun kalau ko mau...so kalau ko dh sedia nk mintah tips.. ym je aku..
ReplyDeletezaida n zaid, bersabar la..hanya tuhan yang maha mengetahui yang terbaik buat hamba-hambaNYA, kemampuan hamba2NYA tentang tanggungjawab, tentang segala serbu..kami berdua pun hampir 3 tahun baru la dapat zuriat..
ReplyDeletejangan putus asa berdoa dan berharap..insya Allah akan di makbulkan..hanya masa yang menentukan..dan jangan lupa berusaha jugak yer