Semalam, buat pertama kali, aku melihat keberangan suamiku. Huhuhu.. Setelah 8 bulan usia perkahwinan, baru aku percaya kata Ummi, tentang perangai anaknya yang satu ini. Tapi, alhamdulillah, Allah itu Maha Adil dan Maha Mengetahui. Perasaan marah itu tidak langsung singgah di hatiku. Sedangkan sebelum ini, aku agak pantang kalau orang marah-marah seperti itu. Biasanya aku akan rasa marah dan meluat. Tapi, kali ini aku senyum sahaja. Ku akui, ada sikit perasaan kecut perut. Tapi, tak lama.. Aku bersyukur sangat, kerana aku tidak lagi seperti dulu. Iye lah... Kalau dua-dua marah, tentu macam menyimbah minyak ke dalam api. Betul tak? Ya Allah, semoga aku akan dijadikan orang yang bersabar. Dan, alhamdulillah.. Kemarahan itu tidak lama. Selepas itu, sudah boleh bergurau senda.
Suamiku, sebenarnya bukan seorang yang pemarah. Tapi, keadaan semalam, memang agak menyakitkan hati. Mungkin itu yang membuatkan sikap terpendam itu keluar. Tak mengapa lah.. Aku lebih mengenali dirinya. He's the one and will always be the one.
barannya laki u
ReplyDelete