Daisypath Anniversary tickers

27 February 2009

Post epiLasik (almost 6 months)

Semalam, Kak Mi dan Kak Lin temankan ke Optimax. Untuk pemeriksaan rutin tiap bulanku. Agak gembira, Ku Izwan, optometrist di situ beritahu, jarak penglihatanku sudah 6/6. Power untuk penglihatan juga sudah turun ke 0 untuk mata kanan, masih ada 25 bagi mata kiri. Alhamdulillah.. Walaubagaimanapun, ia belum stabil. InsyaAllah bulan depan, jika power tak berubah, maka is akan stabil di tahap itu. Hmm... Cuma silauku, masih tinggi. Ada dalam 100 dan 75. Ini menyebabkan aku memang susah hendak memandu malam. Masih boleh, tapi aku tak selesa. Ya Allah, kurangkan lah silau mata ku ini...

Keadaan mataku? Setelah dalam tempoh ini, aku merasa makin selesa. Sudah lupa perasaan bersusah payah mencari cermin mata setiap kali bangkit dari tidur. Sudah lupa perasaan rimas pabila mandi, kerana tak nampak botol syampu di mana. Sudah lupa perasaan kelam kabut nak betulkan cermin mata yang jatuh dari hidung... :) Ya Allah, bersyukur sangat akan keadaan sekarang. Malah aku lebih prihatin terhadap keadaan mataku. Tiada lagi perangai menggosok mata yang gatal. Cuma, kemalasanku menitiskan eye-drop membuatkan mataku lebih cepat kering. Bila kering, gatal lah kan? Padan muka aku. :P

No comments:

Post a Comment