Daisypath Anniversary tickers

13 May 2009

Wira SE (AT) 1.5

Hari ni, aku dan abang dah ambil keputusan nekad. Nak jual Wira kesayangan ku. Aku yang mulakan idea ni. Sebab aku dok membelek bil kad kredit, dan aku terfikir betapa selama ini, kami banyak membazir. Dua kereta, menyebabkan belanja rumah kami selama ni, boleh dikatakan dua kali. Sedangkan, abang cuma memarkir keretanya di stesen LRT setiap hari. Baik, aku sahaja yang menghantar dan mengambilnya setiap hari. Sebenarnya memang sudah kufikirkan hal ni dari dulu. Tapi, masih sayangkan kereta pertamaku ini...

Idea ni menjadi semakin kukuh, apabila kami mendapat kunci rumah baru. Keadaan porch kereta yang agak membukit, membahayakan keretaku. Kerana Wira SE, memang terkenal dengan keadaannya yang rendah. Jadi, ini menambah sebab mengapa kami harus lepaskan Baby Wira pergi. Hmmm...

Jadi, aku dengan nekadnya mengambil keputusan ini. Siapa yang berminat untuk membeli kereta Wira ku, boleh lah menghubungi aku. :)

1 comment:

  1. huhuhuhu kak lin pun nak jual kete jugak laa.. :D aci?

    ReplyDelete