Hari Sabtu, bertemu mata dengan Siti Aisyah. Takde perasaan sangat. Betul ke, nak ambik budak ni?? Malam, tidur dengan Aisyah... Satu perasaan yang susah hendak ku terangkan.
Hari Ahad. Pagi-pagi hendak bergerak pulang ke Kuala Lumpur. Perjalanan lebih kurang 5 jam. Boleh ke, anak ni? Mujur Ummi dan Shima rajin melayan karenahnya. Dan mujur berbekalkan biskut Marie.. :) Aisyah tak banyak meragam, Alhamdulillah.
Petang, sampai di Gombak, semua orang mengerumuni Aisyah. Tapi, Aisyah rileks je. Bersembang, bermain.. Tak peduli dengan siapa. Abang dan aku bawa dia ke SACC untuk beli sedikit barang keperluan Aisyah. Kemudian ke rumah Mak, di Shah Alam. Seronoknya semua orang, gembira dengan kehadiran Aisyah. Mak, dan Ayah excited sungguh. Malam, pulang ke Bukit Kuda. Aisyah tersedar setelah masuk rumah. Menjerit-jerit menangis. Mujur ayahnya boleh pujuk. Kemudian, kami cuba tidurkan. Pengalaman menidurkan bayi, sampai kami sekali tak dapat tidur.. Jam 4.30 pagi, Aisyah sudah terjaga. Aduh.. penatnya.
Isnin. Kak Nor datang menjemputku di rumah. Aku belum yakin hendak memandu bersama Aisyah sahaja. Tinggalkannya di rumah Mak sementara aku ke pejabat. Mak seronok sangat dapat cucu, belikan buaian dan baby walker untuk Aisyah. Terima kasih mak... Petang, pulang dari pejabat, aku kendong Aisyah, dan bawa pulang ke rumah. Berbekalkan botol susunya, Aisyah tertidur dalam perjalanan.. Senang hatiku. Sampai di rumah dia terus tidur.. Sampai ayahnya pulang dari pejabat. Makan malam, dan ku tidurkan atas tilamnya. Kali ini lebih mudah. Padamkan semua lampu, berikannya susu.. Sekejap sahaja, lena... Alhamdulillah, tidur nyenyak sampai ke pagi. Ibu sayang Aisyah...


No comments:
Post a Comment