Daisypath Anniversary tickers

22 February 2010

Kebosanan

Buat julung-julung kali, malam ini aku bermalam di rumah Mak. Tanpa abang.. Huhuhu, bosan. Abang pergi berkursus ke PD 4 hari. Jawabnya, 4 hari juga aku kena tidur di rumah Mak. Bukan tak suka.. Seronok dapat tidur rumah Mak, cumanya seorangan.. Itu yang tak best.

Yang Best pasal tidur rumah mak:
  • boleh balik lewat. Sebab rumah mak dekat dengan pejabat. Kalau balik Alam Budiman, kena balik awal. Kalau tak, sangkut dalam traffic jam.
  • balik boleh rileks, tak payah fikir nak masak apa malam ni, sebab mak dah siap masak. Hehehe...
  • ada masa mengadap laptop, update blog. Sebab tak dapat tengok tv, ayah dah conquer... Huhuhu..
Yang Best kalau balik Alam Budiman:
  • Tak pening fikir baju apa nak pakai, sebab aku dengan abang aje ada di rumah. Lagi2 musim panas ni.. Hehehehe..
  • Boleh siram pokok kaktus aku.. Alamak, lupa nak siram pagi tadi. Harap2 hidpu lagi menjelang Khamis.
  • Tapi, yang paling best ialah.... Ada abang temankan aku.. huhuhu..


3 comments:

  1. anak yang baik, dan isteri yang solehah
    :)

    ReplyDelete
  2. heheh.. cactus tak mati nya kalau tak siram dik oi.. jgn siram kerap, kalau siram kerap yang dia akan mati..

    ReplyDelete
  3. "Tapi, yang paling best ialah.... Ada abang temankan aku.. huhuhu.."

    nakal btol stmt tu

    cheers

    ReplyDelete