Hari ni, hari terakhir Peperiksaan Akhir April 2009. Alhamdulillah, tak ada major problem hari ni. Aku asyik mencari idea tentang jenis langsir yang hendak ku pasang di rumah baru nanti. Ok, aku belum umumkan di sini.. Aku akan berpindah ke rumah baru kami tak lama lagi. InsyaAllah hujung bulan ni. Tak sabar rasanya. Tapi, dalam masa yang sama, rasa macam berdebar. Nak masuk rumah sendiri. Dengan suami tercinta. Huhuhu.. Setelah hampir setahun kami di Bukit Kuda, insyaAllah lepas ni, ke Alam Budiman.
Seronok sangat nak pindah rumah. Cuma kekadang kurang excited kerana sibuk dengan kerja. Kesihatan nak kena jaga juga. Cik Lin dah admitted semalam sebab disyaki denggi. Baik aku berjaga2..
Ok, sedikit update tentang diriku setakat ni. Aku kini sudah menjadi ahli dalam dua bisnes jualan langsung. Apa lagi kalau bukan Tupperware dan HPA. Bukan hendak menjadi usahawan. Cuma menjadi ahli untuk kegunaan diri sendiri sahaja. Sesiapa berminat, boleh juga menghubungi aku untuk dapat makluman lebih.


tahniah, zaida...selamat berpindah & menghias rumah :)
ReplyDeletekite esok baru settle semua..ni tgh terhegeh2 siapkan assignments..
dgn keje yg mcm2 kat ofis..tb2 calculator & MS excel jd teman setia..stressed!x suka wat keje financial..huhu..
dgn mcm2 lg kat rmh..rasa cam...mmmm...ssh nk cakap..huwaaa...