10.30 am, kami tiba di klinik Pergigian Zahida, Seksyen 8. Lebih kurang setengah jam menunggu, aku pun dipanggil masuk. Itu setelah Abang selesai perjumpaan dengan doktor. Seperti setiap tahun, aku bertemu doktor gigi, untuk memastikan kesihatan gigiku. Terkejut aku apabila doktor wanita itu memberitahu yang empat gigiku perlu ditampal. dan Kesemua geraham bongsuku perlu dicabut. Hah?? Berkenaan tampal tu, aku agak keliru. Aku tidak ada merasakan kesakitan kerana gigi berlubang. Malah tahun lepas, doktor juga sudah memeriksa gigiku. Aiyo! Cabut? Memang geraham bongsu (Atas Kanan) aku selalu menyebabkan aku mendapat ulser mulut. Ini kerana kedudukannya yang menggigit gusi bawahnya. Jadi, aku terus bersetuju untuk mencabut gigi itu. Doktor itu pun membiusku, dan selepas 10 minit disuruh menunggu,....
Apa lagi, selepas tu, aku dengan jayanya tak boleh bercakap, dan sakit kepala yang teramat. Terus balik rumah, tidur... Abang tolong kemas rumah, hehehe.. Ummi datang senja tu, aku bangun sekejap. Malam, sambung tidur. Aduh tak terkata sakitnya. So, Hasrol, sorry ajer la, aku tak dapat pergi ke Seri Iskandar. :P


baiknye cik abg tolong kemas *(^_^)*
ReplyDelete