Daisypath Anniversary tickers

6 July 2012

Doakanlah...

Baru dapat berita dari Cik Lin, Prof tak sihat. Oh, Ya Allah.... Betapa sedihnya hati mengenangkan penyelia kesayangan kami. Beliau seorang yang penyelia yang sangat baik, dan memberi motivasi kepada kami. Tiap kali selepas bertemu dengannya, untuk membentangkan progres kerja penyelidikan, semangat untuk meneruskan pengajian akan bangkit kembali. Sememangnya, dalam perjalanan pengajian PhD ini, semangat untuk meneruskannya sentiasa turun dan naik. Dan Prof adalah manusia yang mampu menaikkan semangat itu.

Sebenarnya, Prof disahkan menghidap kanser setahun yang lalu. Walaubagaimanapun, beliau sangat tabah dan kuat semangat menghadapi penyakit itu. Dan fakta inilah yang membuat aku meneruskan perjuanganku. Dalam keadaan beliau yang kurang sihat, beliau tetap datang bekerja setiap hari, menyelia berpuluh pelajar PhD, menjalankan tugas-tugas penyelidikan dan pentadbiran, terbang ke serata benua di dunia ini, demi menjalankan tugas sebagai seorang Professor. Ya Allah, Kau lindungilah Prof daripada kesakitan, Kau sembuhkanlah Prof, sesungguhnya kami masih memerlukan Prof dalam hidup kami...

Harap kepada sahabat yang membaca coretan ini, panjatkanlah doa buat Prof Marzuki agar beliau dapat kembali sihat, bertenaga demi semua insan yang menyayanginya.


1 comment: