Perjalanan ini bukanlah satu perjalanan yang mudah. Sebelum ini, aku meneruskan pengajianku di pejabat, maka proses mengepam agak sukar bagiku. Bukan masalah privasi, kerana aku duduk sebilik dengan seorang lagi rakan sekerja yang memahami. Tapi, lebih kepada masalah nak berulang ke bilik air yang agak jauh, untuk membersihkan peralatan mengepam. Menjadikan aku malas hendak mengepam. Jadi, aku ambil keputusan untuk study di rumah. Aku melabur sedikit, membeli meja study baru yang lebih selesa untuk mendapatkan mood study di rumah, dan yang penting jauh daripada katil. :)
Namun, jumlah susu yang dihasilkan juga turun naik, bergantung kepada banyak faktor; stress, hormon, pemakanan dan sebagainya. Tidak dinafikan, sejak menyusukan anak, aku makan lebih banyak, dan minum lebih banyak kerana aku sangat cepat lapar. Puasa adalah sesuatu yang sangat mencabar bagiku... Ya Allah, mujur Allah temukan aku dengan sahabat-sahabat yang sekapal dengan ku. Aku diperkenalkan dengan makanan tambahan Shaklee, dan alhamdulillah sedikit sebanyak membantu aku meneruskan dan mengekalkan momentum meneruskan perjuangan.
Ada sesetengah ibu-ibu tidak memahami perjuangan ini. Mungkin kerana takdir Allah mereka ditakdirkan dengan air susu yang banyak, maka tiada masalah bagi mereka. Namun, sesungguhnya menyusukan anak bukanlah semudah yang disangka.
Tetapi, aku redha dengan perjalanan ini kerana nikmat yang Allah berikan kepada setiap ibu yang menyusukan. Perasaan kasih yang tidak tergambar ketika menyusukan anak, dan juga penjimatan yang banyak dapat dilakukan kerana tidak perlu memborong susu formula setiap bulan. Alhamdulillah...
Selamat menyambut Minggu Penyusuan Susu Ibu, bagi semua ibu-ibu yang berjuang menyusukan anak mereka. Ia adalah satu bentuk jihad yang patut dicontohi. :)


:) kak lin suka bab penjimatan tu dan tak payah borong susu formula..:)
ReplyDeleteAlhamdulillah.. Tahniah, Zaida.. Sama2 la kita doa semoga rezeki susu sentiasa cukup sampai dorg 2 tahun.. Amiinn..
ReplyDelete