Daisypath Anniversary tickers

31 March 2008

Peristiwa minggu ini:
1. Aku tidak dapat menghadiri majlis perkahwinan Maslina kerana kesibukan di rumah dan pejabat. Makin hari, semakin sibuk... Maaf ye, Mas?

2. Aku termakan coklat Cadbury yang berulat. Setelah dua potong ku telan, baru aku perasan seekor ulat yang bergerak-gerak di atas coklat itu.. Yek.

3. Berjaya mengecat sebahagian daripada rumahku. Termasuklah grill yang sudah berkarat.

4. Baru menyedari yang semester hanya tinggal lagi dua minggu. Kesibukan tentunya bertambah. Dengan pembentangan proposal projek oleh 35 pelajarku, dan pembentangan 50 pelajar projek semester akhir.

5. Seekor arnabku sakit. Membuat adikku tiba-tiba bertukar cita-cita hendak menjadi seorang veterinar. :p

4 comments:

  1. coklat cadbury tu ko buang camtu je ke? tak gi serang kedai yg jual tu? ko patut report kat ppim biar diorg amik tindakan kat kedai tu.. ke ko dh lama beli coklat tu, simpan lama2, nk mkn tgk dh berulat???

    ReplyDelete
  2. huhuhu.. aku da buang dah.. adik aku beli kat kedai linda seksyen 8 tu la.. adik aku baru je beli tghr tu.. aku mkn, 2 jam selepas waktu pembelian.. tapi, sayangnya ulat2 itu telah pun dibuang.. tak report plak.

    ReplyDelete
  3. zaida, tahniah dah bertunang.bila nak langsung? jangan lupa jempu ye.hehehe.

    ReplyDelete
  4. akak mkn ulat~ eeewww! mane lg sedap, ulat ke coklat? bunyi cam dah nk same tu.

    ReplyDelete