Daisypath Anniversary tickers

2 April 2008

Aku ingin mengucapkan terima kasih buat teman-teman yang memberi ucapan selamat kerana pertunanganku. Terima kasih akan doa kalian. Buat anda yang mungkin tersinggung dengan terpaparnya gambar-gambar pertunanganku, di dalam blog yang aku sendiri penulisnya, aku mohon maaf. Tujuan aku meletakkan gambarku di ruangan ini sekadar hendak berkongsi dengan teman-teman, sama seperti aku berkongsi apa sahaja yang pernah berlaku dalam hidupku. Jika tak mahu melihatnya, pejamkanlah matamu... Memang ku tahu, pertunangan tidak perlu kuhebeh-hebahkan. Ingin ku nyatakan, aku tidak menghebahkan, cuma hendak berkongsi dengan teman-teman yang sentiasa berkongsi berita baik dalam hidup mereka dengan ku. Jika anda tidak mahu meletakkan foto anda, terpulanglah.. Usah menjadikan ini sebagai isu kerana aku mahu hidup dalam suasana jauh dari kontroversi.

Bercakap tentang kontroversi, marilah kita bersama-sama memboikot barangan buatan Belanda, dan aku turut bersetuju dengan penulis terkenal Faisal Tehrani tentang kita juga harus memboikot filem-filem Melayu, yang secara terang-terangan menghina pegangan agama Islam.. Aduh.. Apa nak jadi dengan industri filem kita?

No comments:

Post a Comment