Daisypath Anniversary tickers

23 March 2008

Dua tiga minggu, aku asyik sibuk dengan urusan di rumah. Kerja di pejabat pun banyak yang tertunggak. Mujur juga belum musim peperiksaan. Tunggu sahaja musim peperiksaan bermula, aku rasa, mau pecah kepala dibuatnya..

Ingin aku ucapkan tahniah buat beberapa teman yang terpilih untuk menyertai program ke Infosys, India tak lama lagi.. Nampaknya kalian tak sempat menghadiri majlis perkahwinanku nanti.. Tak mengapa lah, jangan lupa hadiah dari sana ye? :D Antara sahabat yang terpilih dari kalangan rakan sekerja di UiTM, Kak Faez, Kak Zana dan juga Hashimah Teo. Beberapa orang pelajar seliaanku juga berjaya mendapat tempat. Tahniah buat Dian, Anim, Khairunnisa dan juga Marliani. Aku juga mendapat berita yang Fakhrul (teman sekuliah sewaktu belajar di USM) juga mendapat tempat. Wah! Ramai juga yang kukenali akan ke India kali ini.. Mengapalah, waktu aku pergi dahulu mereka tak turut serta..


No comments:

Post a Comment