Daisypath Anniversary tickers

31 January 2008

Semalam, aku keluar bersarapan di cafe Hot Cat dengan Kak Lin. Disebabkan sarapan pagi yang agak berat, kami mengambil keputusan untuk tidak makan tengahari. Ditambah pula dengan kelas yang akan bermula jam 2.10 petang itu. Sudahnya, aku, Kak Mi dan Kak Lin menahan lapar hingga jam 4.30 petang.

Selepas kelas dan sedikit perbincangan dengan pelajar, kami ke Tesco Extra untuk makan tengahari (walaupun jam dah jam 5.00 ptg). Aku dan Kak Mi memilih untuk mencuba Yee Mee hotplate yang nampak enak. Bahananya?

Kesan daripada keputusan kurang bijakku: terpaksa MC hari ini. Perut memulas-mulas, kepala berat sangat dan loya. Doktor kata, salah makan. Jadi, aku terpaksa membatalkan kelas hari ini, dan nampak gayanya terpaksalah buat kelas ganti.

1 comment:

  1. haloooo kak zayda.. tular. melantak lagi byk2... take care

    ReplyDelete