Daisypath Anniversary tickers

24 January 2008

Tergerak hati hendak memberi komen, setelah terlihat dan terdengar kenyataan Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said, yang tidak mahu lagi menjadi Sasterawan Negara. Kenyataan kecewa dan marah dibuat kerana tindakan Kementerian Pendidikan yang mahu menggantikan karya sastera dengan novel-novel cinta remaja bagi tujuan pendidikan sastera pelajar sekolah menengah. Adakah patut, karya sastera yang sudah sedia ada, hendak diganti dengan novel cinta remaja Ahadiat Akashah?

Maaf jika ada yang terasa hati.. Aku pernah meminati karya-karya Ahadiat pada suatu ketika dahulu. Ketika itu, aku baru berusia belasan tahun. Tapi, terus terang aku minati karyanya bukan kerana bahasanya, tapi mungkin kerana naluri seorang gadis muda yang seronok membaca kisah-kisah cinta remaja yang membuai perasaan. Namun, setelah beberapa novelnya ku baca, aku mula jelak dengan kisah-kisah yang cuba ditampilkan. Mungkin faktor usia yang makin dewasa, membuat aku beralih arah kepada novelis-novelis melayu yang lain. Aku mula membaca karya Sharifah Abu Salem, Noorhayati Berahim, Ramlee Awang Murshid, Lamia Aimal, dll. Dapat kubezakan cara penulisan dan bahasa yang teratur.

Aku tahu, aku tidaklah handal dalam sastera melayu.. Tapi, aku tak rela rasanya melihat anak-anakku suatu hari nanti, mempelajari sastera melayu melalui novel-novel seperti Budak Setan, Budak Rap dan Cinta Tiga Hari karya Ahadiat..

2 comments: