Daisypath Anniversary tickers

8 February 2008

Hmm.. apa yang hendak kucoretkan hari ini ye? Biar aku fikirkan dulu..

Seminggu yang agak gembira bagi aku. Manakan tidak, aku hanya bekerja sehari saja minggu ini. Itu pun disebabkan soalan peperiksaan yang belum siap. Memandangkan aku berjaya menyiapkannya hari isnin, aku dengan jayanya memohon cuti. Namun, hari selasa aku habiskan dengan meraikan hari lahir ke-17 adik manjaku. Hmm.. pokai juga aku dibuatnya.

Hari rabu, teman sepejabat menelefon memberitahu aku kena menghadiri mesyuarat. Aduh.. Macamana ni, kerja tertunggak banyak di rumah? Akhirnya aku meminta jasa baik temanku untuk menggantikanku untuk mesyuarat itu. Maaf ye, Kak Mie.. Jasamu dikenang... huhuhu...

Hari khamis, hari yang ditunggu-tunggu. Pertemuan empat mata, antara keluargaku dan Zaid. Kesian Zaid, sedang demam, terpaksa memenuhi janji. Habis diheret kakak-kakaknya, ummi dan mak ngah. Hehehe.. Terima kasih yea?

Hari ini, aku sekali lagi membazir duit. Membeli-belah untuk wira kesayanganku. Nak ku hias hebat2, tak mampu pula. Sedang nak mencuci kereta tiap minggu pun terasa malas sekali. Tak mengapa lah, sekali sekala...

Hmm.. Oh ye. Lupa plak, aku dan Ana telah menghadiri majlis perkahwinan Saiful dan Afdal pada hari sabtu lepas di Wisma PKPS. Satu majlis yang elegan dan mewah. Tahniah buat kedua mempelai, moga bahagia hingga akhir hayat. Dan, seperti biasa, menghadiri satu majlis perkahwinan, aku akan menerima jemputan buat majlis lain pula. Tentunya Elly dan Fendi yang akan bersatu awal bulan mac nanti. Aku pula yang tumpang berdebar.

No comments:

Post a Comment