Minggu lalu, seorang sepupuku telah pulang menghadap Ilahi, pada usia 18 tahun. Al-fatihah buat allahyarhamah..
Perginya seorang insan, lahir pula insan lain. Bulan ini, aku asyik menerima berita kelahiran daripada orang sekelilingku.
Wafiy Fudhail - Putera sulung Bahiah dan Hamim.. Tahniah. Moga Wafiy cepat sembuh dari demam kuningnya..

Muhamad Akif Syafi -Putera kedua Kak Shamimi dan Abg Syamaizar. Semoga Akif membesar bagai juara.

Nurul Syazwani - Anak sepupu yang dah semakin tembam. Gambar semasa berusia sebulan.Ibuku menyambut hari ulangtahun kelahirannya bulan Oktober lalu. Sedikit bingkisan gambar ketika meraikan ibunda tercinta.Ni gambar terbaru Syazwani kesayangan keluarga kami...
Tasnim Iman - Aku terlupa hendak mengambil foto Tasnim. Tak mengapalah, kita tunggu Tasnim besar nanti, Auntie Zyda amik gambar, yea?
Nur Amni Wafa - Pulang dari berjalan-jalan seharian, sempat juga menjengah ke rumah Ana dan melihat puteri sulung Kak Ida. Pun ku terlupa nak ambil gambarnya..









No comments:
Post a Comment