Raya ke-4
Kenduri kahwin di rumah pakcikku di Kg Ayer Kuning, Kampar. Ayahku, sibuk hendak membawa pulang dua ekor kambing dari rumah pakcikku. Jadi, terpaksalah aku memandu pulang bersama dua ekor ahli baru keluarga kami yang terpaksa duduk di dalam but kereta. Beginilah keadaan mereka sesampai di rumah..
Raya ke-14Tiada gambar boleh menggambarkan hariku ini. Aku mengambil cuti kerana adikku merancang hendak membuat jamuan raya buat kawan-kawannya. Aku pula tumpang sekaki, dengan memjemput beberapa rakan yang kufikirkan dapat datang pada hari Jumaat sebegini. Malangnya, aku terlepas menjemput ramai kawan-kawanku. Kepada yang masih bertanya bila open house akan kulakukan, maaf.. Aku kekurangan peruntukan hendak mengadakan open house seperti tahun-tahun sebelum ini. Tapi, jika berkesempatan datang ke Shah Alam, singgahlah ke rumah..Raya ke-15
Menerima sms daripada Ana, mengajakku menonton Hati Malaya 1957. Pada mulanya aku rasa tak berminat, tapi kerana memikirkan sudah agak lama aku tak bertemu dengan Ana dan hari sabtuku masih belum terisi, aku bersetuju. Aku merasakan sungguh bersyukur kerana mengikut Ana menonton kisah kemerdekaan yang mencuit perasaan.
Hati Malaya 1957, aku berikan pujian tertinggi. Aku bukanlah seorang pengkritik filem, tapi sesungguhnya, menyaksikan filem ini, aku jadi sungguh terharu. Hampir sahaja menitiskan airmata ketika menyaksikan keperitan mencapai kemerdekaan. Sesiapa yang belum menyaksikannya, pergilah menonton. Anda juga boleh menonton trailer yang disediakan di laman web Hati Malaya 1957. Terus terang kukatakan, aku selama ini agak kurang bersemangat patriotik, namun filem ini berjaya membangkitkan sedikit patriotism dalam diriku..


Aku puji lakonan Mohd Kamarulzaman Taib (yang aku tak pernah kenal pun selama ini...), yang menjadi Tunku Abdul Rahman. Begitu juga semua nama-nama besar pelakon2 dalam filem ini, yang sememangnya berjaya membuatkan cerita ini mantap dan menyentuh perasaan. Syabas Shuhaimi Baba! Heheheh.. Dah jadi macam pengkritik filem pulak gamaknya.

Raya ke-16
Aku, ditemani Ana, Dayat dan Zaid, menghadiri majlis perkahwinan Rohaila, seorang teman lama yang sudah terputus hubungan sejak tamat pengajian diploma. Ila dah nampak cantik, sampai hampir saja aku tak mengenalinya. Dayat, maaf sebab terpaksa menunggu lama... :)

Ana, terima kasih sebab sudi temankanku ketika aku memerlukan. Maaf ye, sampai lewat malam kita berjalan hari tu..
Zaid, thanks for being there with me...

siannya kambing2 tu bedah.....
ReplyDeletehemm...rasanya mcm kenal je en.zaid ni ;>
ReplyDelete