Sejak dua menjak ni, aku sering menerima email dari nama-nama yang tidak kukenali. Mungkin mereka adalah bekas pelajarku. Mujur sahaja email tersebut berunsurkan kata-kata hikmat, bukan sekadar spam yang memenuhi kotak emailku. Thanks a lot for all those nice mails..
Seorang wanita diciptakan dari rusuk sang lelaki, bukan dari kakinya untuk menginjaknya, bukan dari kepalanya untuk menguasainya, tapi dari sisinya agar keduanya menjadi setara.Ini salah satu kata-kata yang indah kupetik dari salah satu email tersebut. Terima kasih kerana masih sudi menghantar utusan buatku.
Teringat pula aku akan salah seorang guru yang mengajar kami semasa di India. Nina namanya. Sebelum pulang ke Malaysia tempoh hari, aku pernah terfikir hendak mengutus hadiah dari Malaysia, namun terlupa pula. Alamat emailnya juga entah kemana kuletakkan. Sungguh lah, aku ni seorang murid yang tak mengenang jasa.. :( Kepada sesiapa yang tahu email Nina kesayangan kita, tolong titipkan alamatnya buat ku, ye?

No comments:
Post a Comment