Daisypath Anniversary tickers

12 June 2007

Rumusan untuk seminggu

Sudah berminggu bulan Jun menjelma, aku masih belum mengemaskini isi laman ini. Maaf.. Terlalu sibuk dengan peperiksaan, pergi bercuti, dan baru kini masa terluang semula.

Setelah bersiri peperiksaan kami lalui, pada 8 dan 9 Jun lalu, kami telah melalui peperiksaan akhir. Keputusannya? Entahlah.. Esok baru akan kami ketahui. Yang penting ku telah cuba sehabis baik, dan aku berdoa agar keputusannya memberansangkan. Sebelum peperiksaan berlangsung, sememangnya kami semua sibuk dengan bersiri projek bagi setiap modul. Kami telah melalui beberapa fasa projek, untuk menyiapkan aplikasi perbankan internet bagi Infy Bank (nama ciptaan sahaja..) Modul-modul ini dibina dengan bahasa pengaturcaraan Java, JSP, PL/SQL serta beberapa Servlet.

Setelah semua peperiksaan berakhir, aku dan beberapa rakan pergi bercuti ke Chennai. Chennai terkenal dengan pantainya yang cantik. Namun, kami tak berkesembapatan untuk bersiar-siar di pantai, kerana masa yang tidak mengizinkan. Sempat ku membeli serba sedikit cenderahati untuk rakan2 sebelum pulang semula ke Mysore. Perjalanan ke Chennai selama 12 jam memang menggembirakan. Kami bertolak dari jam 8 malam, dari stesen keretapi Mysore. Perjalanan yang begitu panjang terasa singkat kerana kami asyik bersembang beramai2.

Namun, perjalanan pulang pula lebih meletihkan kerana kami menaiki bas selama 10 jam. Mungkin kerana pergerakan di dalam bas yang agak terhad, telah menambah keletihamn.. Nanti lah, akan ku paparkan gambar terkini di friendster, (seperti yang kujanjikn). (",)

No comments:

Post a Comment