Daisypath Anniversary tickers

18 June 2007

Nice offer..

Minggu ini, ramai antara kami dihimpit dilema.. Tawaran yang baik kami terima pada hari Jumaat lepas. Pihak Infosys menawarkan peluang untuk bekerja dengan Infosys, bersama dengan Finacle. Kami dibawa melawat ke Infosys Bangalore, dengan niat memujuk hati kami agar berminat untuk bekerja dengan mereka. Tawaran yang menarik, memandangkan sebahagian besar akan pulang ke Malaysia tanpa ebarang pekerjaan, dan kini, ditawarkan kerja bersama latihan dalam bidang perbankan. Aku juga tertarik dengan tawaran yang diberi. Namun, komitmen ku terhadap kerja yang menanti di Malaysia serta mak yang bising apabila mengetahui hasratku, akhirnya menyebabkan aku memilih untuk pulang.

Sekiranya menerima tawaran yang diberi, aku tidak dapat pulang pada minggu hadapan. Aku akan menjalani latihan 5 minggu dan hanya dibenarkan pulang setelah itu. Selepas 5 minggu, pulang ke Malaysia seminggu dua, untuk mendapatkan visa bekerja di India dan seterusnya datang ke sini semula untuk bekerja selama setahun. Selepas setahun, dibenarkan untuk berhenti dan pulang berkhidmat di Malaysia, atau dihantar bekerja ke negara lain pula. Di samping itu, aku harus membayar ganti rugi kepada organisasi kerana aku masih perlu berkhidmat selama 5 tahun sebagai membayar ikatan biasiswa ku.

Menolak tawaran, aku akan pulang semula ke tanahair minggu hadapan, bercuti selama seminggu sebelum memulakan tugas semula. Aku akan mengajar subjek baru pada semester akan datang, malah aku bercita-cita hendak memulakan menyediakan kertas cadangan untuk menyambung pengajian. Aku akan kembali bersama keluarga yang dirindui, aku akan dapat menimati makanan kegemaranku, aku akan dapat menjalankan aktiviti bersama adik2 ku setiap minggu. Aku tahu, keputusanku tepat.

Semasa lawatan kami ke Bangalore, aku sememangnya bernasib agak malang. Pagi, kami bertolak jam 8 pagi dari Mysore. Perjalanan yang sepatutnya  cuma mengambil masa 3 jam, telah lanjut ke 4 jam. Semasa dalam bas pula, aku mengalami mabuk kerana jalan yang tidak rata serta cara pemanduan yang amat menyakitkan hati. Tak semena-mena aku termuntah dalam bas, dan akibatnya habis pakaianku.. Aduh... Sudahla tiada pakaian ganti. Mujur seorang kawan membawa selendang yang selalu meliliti bahunya. Ku pinjam menggantikn tudung yang kurasakan sudah busuk.. Sampai di Bangalore, aku terpaksa membeli pakaian lain bagi mengganti pakaian yang ku pakai.

Jenuh aku menjadi bahan ketawa kawan2 lain kerana insiden itu.Temanku, Ida juga mengalami masalah yang sama denganku. Tapi mujur dia sempat menadah dengan beg plastik yang sudah tersedia. Tidak lah perlu mengganti pakaian..

Perjalanan ke Bangalore memang berbaloi kerana kami dapat melihat kawasan Infosys Bangalore yang sememangnya cantik. Seperti sebuah syarikat gergasi di dalam taman. Sedikit gambar ku kongsi dalam slide..

Aku berharap kesemua sahabat-sahabatku dapat membuat keputusan yang tepat demi masa depan masing2. :)

1 comment:

  1. hi bedah, kalo awk tima offer tu, mau tersangkut dgn mr.bollywood nnt...hehe.. gurau je... Dah lama baca blog awk ni, tp arini baru nak comment.. bestla citer2 awk kat india. Anyway, welcome home soon!
    http://ainulazlinda.blogspot.com

    ReplyDelete