Sebenarnya hari ni, aku merasa sungguh malas hendak belajar. Sedangkan, kami akan menghadapi peperiksaan lagi esok. Aku sudah letih dengan tekanan untuk peperiksaan, projek yang berterusan sejak tiga bulan mendarat kaki di Infosys. Sampai ke tahap, yang mana, aku merasakan otakku tepu dengan segala ilmu baru yang kupelajari. Letih sungguh.. Biasanya, bila aku merasa perasaan sebegini, mulalah aku buat kerja gila..
Kerja gila yang kulakukan hari ini, pergi bermain boling, pada masa semua orang sibuk menelaah untuk peperiksaan esok. Kawanku pula mengajak keluar ke bandar. Aku yang masih belum mula menelaah, ikut sahaja, dan pulang setelah jam hampir 10 malam. Aduh.. Kepala sudah mula berdenyut, masakan aku dapat belajar. Lalu, aku sibuk mengacau kawan-kawan lain yang sedang belajar. Kasihan Syafiq, dan Juzaili kerana terpaksa melayan karenahku. :p
Ok, sedikit imbasan tentang party kecil2an yang kami lakuka di bilikku malam kelmarin. Adik Ida dan kawan2 membeli kek dan kami menempah pizza untuk dimakan beramai-ramai di bilik. Sambil makan-makan, kami sibuk berinai. Aku juga ambil kesempatan untuk menginai tangankku. Aku mula melukis, tak sangka pula, cantik juga dibuatku. :p Ini memang betul-betul tak kusangka. kerana selama ini, aku tidak merasakan aku mempunyai sebarang bakat. Alhamdulillah, telah kuconteng juga tangan Nurul, Yana, Nora dan Ida..
Alamak, aku harus tidur dahulu, atau aku akan terlepas peperiksaan esok. Selamat malam..

No comments:
Post a Comment