Daisypath Anniversary tickers

22 May 2007

Bangga?

Pagi ini, sesampai di makmal, kecoh rakan-rakanku mengenai berita tentang kami masuk akhbar lagi. Aku tersenyum membaca keratan akhbar yang dimaksudkan.

... ''Justeru, kerajaan sedang memperhebatkan usaha-usaha tersebut supaya jurang itu dapat dirapatkan. Sebagai contoh menerusi perjanjian yang dimeterai dengan Infosys Technologies Ltd. yang berpangkalan di India dan Microsoft di Amerika Syarikat.

''Melalui kerjasama kedua-dua syarikat multimedia serta teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) ternama dunia itu, diharap dapat melahirkan graduan ICT yang memenuhi kehendak pasaran kerja.

''Malah, saya diberitahu bahawa program Infosys amat berjaya di mana seramai 93 pelajar dan tujuh tenaga pengajar telah menunjukkan prestasi terbaik berbanding pelajar dari universiti lain di dunia yang sedang menjalani latihan di syarikat itu,'' katanya. ...


Masakan ku tak tersenyum.. Bermacam reaksi dapat kulihat dari air muka rakan-rakan. Kebanyakannya tersenyum bangga,  tapi ada juga yang mencebik. Tidak kurang juga yang merasakan diri tidak layak berada di sini. Sememangnya mereka bukan tidak layak, cuma mungkin keyakinan diri yang kurang membuatkan mereka berasa sedemikian.

Sejak semalam, serba sedikit maklumat tentang kami dipaparkan dalam akhbar tempatan di tanahair. Tapi, aku tak berapa ambil pusing kerana merasakan ia lebih signifikan untuk rakan-rakan yang sedang sememangnya akan pulang mencari kerja sehabisnya latihan nanti. Lagipun, kepalaku lebih dibebani dengan modul baru yang lebih memeningkan. Walaupun aku sudah biasa dengan pengaturcaraan java, namun aku belum pernah menyentuh tentang 'java beans' dan 'remote method invocation'. Malas pula aku hendak menterjemahkannya ke dalam bahasa melayu.. :p

RMI adalah sesuatu yang baru bagiku. Ini kerana ia melibatkan pemanggilan fungsi dari mesin berasingan. Malas pula nak berceramah tentang RMI di sini. Nanti orang lain bosan pula membacanya. :)

No comments:

Post a Comment