Hujung minggu kali ni, aku tak sempat nak berehat sepuasnya. Semalam, pihak infosys telah merancang satu trip perjalanan ke Zoo Mysore dan KRS Garden untuk kami. Ikutkan hati memang malas nak pergi, tapi memikirkan pihak infosys telah bersusah payah merancangnya, aku turutkan juga.Walaupun, agak ramai juga yang tak mahu turut serta. Bila kufikirkan kembali, sebenarnya trip ini adalah atas permintaan daripada ahli kumpulan kami juga. Tapi, apabila sudah dirancang sebegini, orang yang berkenaan tidak pula ikut serta.. Hmm.. Memanglah, pagi-pagi semalam, semua telah siap berkumpul di tempat yang dijanjikan tepat pada masanya. Tapi, disebabkan bas yang ditunggu tiba lewat 2 jam, ramailah yang menarik diri. Mungkin kerana tidak sanggup menunggu lagi.
Perjalanan itu agak menarik. Mysore Zoo memang luas dan dipenuhi haiwan-haiwan yang sukar ditemui. Aku berpeluang melihat gorilla (yang selama ini kulihhat dalam rancangan tv sahaja), harimau benggala yang berwara putih.. Haiwan-haiwan lain pula, lebih kurang sahaja dengan zoo di Malaysia. Pada waktu petangnya, kami pergi melawat KRS Garden yang terletak berhampiran dengan empangan di sini. Pemandangannya cantik, walaupun tidak dapat dibandingkan dengan taman-taman di Malaysia. Tapi, seronok jug berjalan-jalan di kawasan orang. Gambar-gambar telah ku letakkan di laman friendsterku.. maaf tak sempat menaik turun di sini..

No comments:
Post a Comment