Sehari yang agak sibuk bagi kami, delegasi Malaysia di sini. Pagi-pagi aku terjaga agak lewat, kerana belajar sampai awal pagi. Bersiap untuk ke kelas, menghadapi ujian. Alhamduliillah aku dapat juga mencapai gred A untuk modul ini. Maklum sahaja, aku tidak yakin dengan modul ini. Java bukanlah satu bahasa mudah yang boleh dikuasai dalam 4 hari. Setelah selesai modul Java, kami dilimpahi pula dengan modul Oracle. Aduh.. Tuhan sahaja yang tahu betapa aku menahan mengantuk di dalam kelas. Yang pastinya, bukan aku seorang yang menghadapi masalah itu. Boleh dikatakan semua 100 orang ini berjaga untuk belajar malam tadi. Sehingga pening kepala kami menahan mengantuk. Ditambah pula sesi penggambaran untuk dihantar balik ke Malaysia dijalankan sepanjang sesi kelas itu. Kelakar juga jadinya, kerana kami yang mengantuk ni, sibuk berlakon di hadapan kamera. :)
Sewaktu rehat makan tengahari, kami terpaksa pula memenuhi permintaan syarikat untuk sesi penggambaran lagi. Waktu makan tengahari semakin pendek, apabila aku dan beberapa kawan diminta untuk mejalani sedikit penggambaran yang lain, untuk memberi deskripsi perasaan dan pengalaman kami di Infosys. Aku terasa bagaikan menjadi pelakon pula. Lepas ini, aku boleh lah cuba2 bakat dalam bidang lakonan.. :p
Disebabkan kepenatan dengan projek, kami beramai merancang untuk memberi penghargaan buat diri kami sendiri. Kami semua menyerbu pusat boling dan aku telah kalah dengan jayanya pada Juju.. Tak apa, akan ku usahakan lain kali. Sesudah boling aku bermain badminton dengan gembiranya. Memang gempak bermain dengan Ikram dan Yoe. Lily, teman sebilikku sampai kekejangan bermain. Namun kami sangat gembira. Balik semula ke bilik jam 1pagi, aku masih di hadapan komputer. Esok, selepas subuh, kami hendak bertoolak ke Bangalore pula. Esok aku hendak berjalan-jalan dengan si dia dan dia, dan dia... Ok lah. teman sebilikku dah bising menyuruhku tidur. :)

No comments:
Post a Comment