Daisypath Anniversary tickers

10 May 2007

Sakit kepala akibat Java?

Hari ini, kepalaku sakit sekali. Mungkin disebabkan projek Java yang harus kuselesaikan dalam masa sehari setengah. Pada kami, ini kerja gila. Lebih-lebih lagi, projek ini harus dilakukan hanya dengan aplikasi notepad. Kami tak dibenarkan menggunakan sebarang aplikasi untuk pembinaan program Java. Namun, ada juga bagusnya. Sekurangnya kami menjadi lebih mahir dalam selok belok membina antaramuka secara asasnya. Aku yang sudah biasa dengan bahasa ini, juga mengeluh. Apa lagi, kawan-kawan yang pertama kali berkenalan dengan bahasa ini.. Mujur juga semua orang bekerjasama dan akhirnya projek dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Esok kami akan menduduki satu lagi ujian. Selepas ujian, kami akan terpaksa menghadapi sessi pembelajaran yang dirakam. Ini semua kerana pihak penganjur dari Malaysia mengharapkan satu penggambaran sesi pembelajaran kami di sini. Mungkin mereka hendak menilai sejauh mana kami menjalani pembelajaran di sini. :)

Minggu ini adalah satu minggu yang agak membebankan kepalaku. Dengan pembelajaran yang agak berat, dengan sakit kepala yang melanda, dengan kerinduan terhadap keluarga, dan kesemuanya di Malaysia. Malah aku juga mula merindui pejabat. Wah.. ini sudah kes berat. :p Sampai satu tahap, aku terasa bagaikan hendak menjerit sekuat hati. Tapi, nanti ku disangka gila pula. Hmm.. Kau harus bersabar buat sebulan lebih lagi. Malaysia, nantikan kepulangan kami...

1 comment: