Daisypath Anniversary tickers

11 April 2007

Satu lagi cabaran..

Esok, satu lagi cabaran akan kuhadapi di Infosys. Peperiksaan modul ke4 dan ke5 yang akan dijalankan serentak. Kami telah pun menduduki 3 modul utama (di samping berbagai modul kecil) sejak kami berada di sini. Kesemuanya memerlukan kami lulus dengan cemerlang agar kepulangan kami nanti berserta sijil pengiktirafan daripada syarikat perisian gergasi ini. InsyaAllah, akan kulakukan yang terbaik untuk esok..

Dalam sebulan lebih ni, kami telah berpeluang berjumpa dengan beberapa tokoh daripada serata dunia. 2 minggu lalu, kami dikunjungi oleh puteri Thailand, manakala ahad lepas menyaksikan Presiden India datang melawat kami. Kedatangannya disambut meriah, lebih-lebih lagi beliau adalah seorang tokoh dalam bidang IT. Kesempatan ini juga kami ambil untuk mendengar ucapan hebat dari seorang pemimpin negara.

Aku juga telah keluar dari kampus,melawat pesta kraftangan yang telah berlangsung sepanjang hujung minggu di Mysore. Sempat membeli serba sedikit barangan yang dapat kujadikan cenderahati. Selain itu, masa lapangku lebih banyak kuluangkan untuk bermain boling. Nampaknya aku telah mendapat hobi baru sejak ke mari.. :)

dalam dewan sambil menunggu ucapan dari mr narayana murthi...

dalam persiapan untuk sesi lakonan ...
bowling alley.
aku dan laili sebelum mula bermain boling..

aku dan azian di hadapan pusat seni di bangalore..

gambar terbaru aku mengenakan salwar kameez..