Daisypath Anniversary tickers

19 April 2007

Hujan di Infosys Mysore

Hari ni, aku rasa sangat seronok. Manakan tidak.. Petang ini, setelah 2 bulan musim panas di sini, hujan turun dengan lebat sekali. Sambil berjalan pulang dari kelas, aku dan Ida menikmati bau hujan dengan seronoknya. Terasa kelakar juga, hanya kerana hujan, aku mampu merasa begini gembira. Mungkin ini adalah kesan sampingan daripada salah satu ujian yang telah ku ambil pagi tadi. Memang ada sedikit salah dan silap yang telah kulakukan, tapi aku tahu sememangnya aku tiada peluang untuk membetulkan silapku itu. Apa yang mampu kulakukan, usaha lebih gigih untuk ujian esok pula.

Hujung minggu ini, kami akan pergi bersiar2 ke Ooty. Kononnya ia satu tempat peranginan yang cantik. Harap2 is seindah yang dikhabarkan.. :)

Semoga peperiksaan esok juga berjalan lancar.. Supaya semua orang mampu tersenyum ceria...