Daisypath Anniversary tickers

24 April 2007

Ooty dan diarrhea?

Hujung minggu yang lalu, kami segerombolan menaiki sebuah bas dan sebuah jip menuju ke Ooty, konon-kononnya untuk melancong, meraikan selesainya satu bahagian dalam latihan kami di Infosys ni. Pagi Sabtu kami bertolak dengan gembira. Walaupun jalan yang dilalui ibarat menaiki roller coaster, tapi kami tetap gembira. Kegembiraan di Ooty akhirnya terbalas juga, bila kami semua pulang semula ke Infosys. Habis semua yang pergi jatuh sakit. Kalau di Malaysia, kita akan katakan keracunan makanan. Tapi di sini, cuma diklasifikasikan sebagai diarrhea sahaja. Kesian juga kawan2 yang teruk sakitnya, sedangkan esok kami akan menghadapi satu lagi ujian. Hmm.. Aku doakan semoga semua cepat sembuh.

Sedikit gambar-gambar yang sempat ku ambil sepanjang percutian kami..

Sementara menunggu hidangan di Glanton Plaza..

Rusa menyorok di sebalik rimbunan pokok kayu.

Berposing di stesen keretapi Coonor.
Main sorok-sorok di ladang teh

Bergambar dengan Fakhrul di stesen keretapi

Baru turun dari keretapi ala-ala movie hindi

pokok yang cantik berbunga rimbun

Di atas puncak tertinggi di Selatan India (malangnya dalam hujan..)

dua ekor rerama di atas batu

aku dan ida bergambar di puncak gunung

bergambar ala hero hindustan di ladang teh

aku, pokok teh dan dia...

ladang teh saksinya...

di suicide point bersama teman-teman