Daisypath Anniversary tickers

6 March 2007

Semiggu di India

Salam.. Setelah lebih seminggu aku tiba di Mysore, India. Biar aku ceritakan segala pengalaman sepanjang seminggu lebih tiba di Infosys Technologies Ltd, Mysore.

24 Feb 2007
Kami (rombongan seratus Malaysian ke Infosys) tiba di Lapangan Terbang Bangalore pada jam lebih kurang 11.30 malam. Alhamdulillah, aku tidak mabuk teruk dengan penerbangan malam itu. Kerana, kami terpaksa menghadapi perjalanan dengan bas selama lebih 3 jam ke Mysore. Sesampai di Infosys, terasa kesejukan angin malam yang menggigit hingga ke tulang sumsum. Aku mula menyesal kerana tidak membawa barang sehelai pun baju sejuk. Kami mula ditempatkan ke bilik masing2 dalam jam 4.30 pagi. Aku keletihan lalu tertidur, dan terlepas waktu subuh pada jam 5.30 pagi.

Apabila hari siang, kami diminta berkumpul untuk ucapan selamat datang oleh pegawai2 Infosys.

25 Feb 2007
Hari kedua, kami mula mengembara sekitar kampus. Kampus Infosys di Mysore lebih merupakan sebuah pusat penyelidikan bagi syarikat gergasi IT ini. Namun, dengan segala kemudahan, kelengkapan sebagai sebuah syarikat yang disediakan untuk kegunaan pelatih2 dan juga kakitangan, kami melihat kampus ini lebih sebagai sebuah bandar kecil.


Di dalam kawasan kampus, terdapat sebuah kedai runcit, pusat rawatan rambut dan muka bagi wanita dan lelaki, kedai pakaian, dan tersergam indah sebuah multiplex (pawagam). Jika hendak dikira semua kemudahan yang disediakan, (dari bola keranjang, badminton, pingpong, snuker, pool, kolam renang, bowling, gim, rock climbing, dll) sememangnya tempat ini adalah tempat belajar yang paling kondusif pernah ku lihat.

Kami juga sempat menyelinap keluar dari kampus dan menjelajah bandar Mysore, yang mana tidak dapat kubayangkan keadaannya di sana. Menaiki bas yang penuh mampat dengan manusia. Pelbagai rintangan kami lalui sebelum berjaya tiba kembali ke Infosys.

26 Feb 2007
Sesi pembelajaran kami pun bermula. Alhamdulillah, kami dibahagikan kepada 3 kumpulan, dan kumpulan ku mendapat seorang guru yang amat hebat. :) Memang sukar hendak kucari orang yang berdedikasi tinggi sepertinya. Kami sangat gembira mennghadiri kelasnya.

Lain kali sahaja kusambung coretan ini.. :)