Daisypath Anniversary tickers

12 January 2007

Sebulan lagi..

Ini adalah post pertama untuk tahun ini. Belum terlambat lagi mengucapkan Selamat Tahun Baru pada semua, kan? Semoga tahun ini akan membawa seribu makna dalam kehidupanku. Sebagai seorang insan, anak, adik, kekasih, sahabat, kawan, rakan serta kenalan.

Aku dimaklumkan yang aku akan dihantar berkursus ke India selama 4 bulan. Memang sebelum ini aku tahu mengenainya, namun aku belum pasti kesahihannya. Aku masih belum pasti tarikh berlepas, tapi dijangkakan aku ada masa sebulan lagi. Sebulan lagi untuk menyelesaikan tugas2 yang tertangguh sebelum menyerahkan kepada orang lain. Hmm...

Perasaanku? Gembira? Terharu? Sedih? Tak mahu? Ntah.. Memang seronok dapat ditawarkan. Terharu sebab mak tak membantah. Sedih kerana berpisah dengan orang-orang disayangi.. (Takut homesick pula..) Tak mahu memikirkan kerja2 yang mesti diselesaikan sebelum berlepas. Maklum sahaja, semester baru bermula. Manakan nak mengejar silibus yang harus diselesaikan.. Manakan nak menyediakan kertas soalan.. Manakan nak menyiapkan sistem2 yang sedang dalam proses pembinaan.. Manakan nak menyelia pelajar-pelajar yang sedang bertungkus lumus menyelesaikan projek semester akhir.. Manakan kerja-kerja jadual waktu yang sentiasa ada perubahan.. Manakan masalah pendaftaran pelajar..

Alhamdulillah, kawan2 sepejabat tidak lokek membantu. Thanks guys!

Tahun ini, aku menjangkakan ramai lagi sahabat melangsungkan perkahwinan. Kuharap aku sempat menghadiri kesemuanya.. Bagi yang ada terfikir hendak membuat tempahan dengan Ilhamekar, maklumkan segera, okay? Almaklum sahaja, kesibukan di pejabat tidak mengizinkan kami sentiasa membelek bunga. Namun, kami akan cuba sehabis baik untuk sahabat disayangi.. :)

3 comments:

  1. tahniah...dapat g india..
    jgn lupe klu jumpe yg mcm ala-ala shah rukh khan tu book kan utk dayah yer..
    hheheheheh

    ReplyDelete
  2. best nyer dapat gi india... yea yeah...

    ReplyDelete
  3. Tahniah berkursus di India. Best rasanye pergi tempat org, Dapat jalan-jalan, Dapat belajar...
    Ok, jangan lupe balik Malaysia ye.

    ReplyDelete