Daisypath Anniversary tickers

12 March 2007

India dan sari...

Aku sudah mula selesa dengan kehidupan di sini. Aku telah pun melepasi fasa menyesuaikan diri dengan makanan, persekitaran, dan juga musim panas yang sedang bermula. Ingin kukongsi serba sedikit pengalaman sejak berada di Infosys.

Minggu pertama di Mysore, kami sempat menjelajah Mysore Palace, di mana sempat kurakamkan beberapa gambar menarik. Antaranya gambar bersama unta ini..



Setelah itu, sebahagian kawan-kawanku masuk ke dalam istana, yang mana aku malas hendak mengikut kerana malas hendak membuka kasut dan ditinggalkan di luar istana. Cuma Laili (rakan sebilikku), Azyan, Ida, Murtada (Abang Long kami) yang masuk ke dalam istana. Sementara aku dan lain-lain cuma berjalan di luar istana dan menikmati pemandangan indah.

Seterusnya, kami cuma meluangkan masa untuk menjelajah seluruh kampus. Sedikit gambar di dalam kampus untuk dikongsi.


Sabtu lepas, aku keluar sekali lagi ke bandar Mysore. Tujuan asalnya hendak menemani Ida membuat cermin mata. Tapi, sudah alang-alang menyeluk pekasam, aku tak lepaskan peluang membeli sari dan churidar (pakaian tradisi rakyat India). Harganya agak berbaloi, berbanding di Malaysia. Kami bergerak beramai-ramai menaiki bas, dengan harga tiket cuma 7 rupee.


Sambil memilih sari, sempat juga kami disarungkan dengan sepasang sari yanng sudah siap dijahit. Sempat juga aku merasa memakai pakaian tradisi mereka itu.. :)


Perjalanan pulang agak kelakar kerana kami berempat menaiki auto kecil itu. Sempat juga kami bergambar sebelum pemandu auto itu pulang.