Daisypath Anniversary tickers

19 March 2007

Perjalanan ke Bangalore..

Petang Jumaat, terdapat cadangan untuk ke Bangalore pada cuti hujung minggu ini. Almaklum sahaja, hari Isnin merupakan hari cuti kerana perayaan Ugadi di sini. Pada mulanya, aku berbelah bagi untuk mengikut. Tapi, bila memikirkan kebosanan yang akan kuhadapi jika tidak keluar daripada kampus, aku mengalah.

Pagi Sabtu, seawal 7.00 pagi, kami sudah berdiri di hadapan lobi. Menunggu pengurusan syarikat pelancongan yang akan membawa kami semua, 7.45 baru lah kami keluar daripada Infosys. 3 jam perjalanan untuk ke Bangalore memang menyeksakan. Ditambah pula, aku terpisah daripada sahabat2ku, kerana jip mereka sudah penuh. Aku mengalah dan menaiki jip yang lain. Tak mengapa lah.. Nanti akan bertemu juga.

Sebelum tiba di Bangalore, kesemua jip (sebanyak 6 biji), singgah untuk sarapan pagi di pertengahan perjalanan. Bertemu pula dengan sekumpulan orang Malaysia yang sedang bersarapan di kedai kopi berhampiran. Mereka juga kelihatan terkejut melihat sekumpulan orang melayu (katanya mereka juga berada di sini atas urusan kerja..) di rantau ini. Sememangnya tidak ramai orang melayu di kawasan ini. Sedangkan di dalam Infosys pun, kami sering dipandang semacam oleh orang tempatan. Namun, ia bukanlah pandangan negatif. Cuma mereka mungkin belum pernah bertemu rakyat Malaysia di sini. :) Malah, soalan yang sering kami terima ialah, mengapa kami bertudung? Kelakar juga mendengar soalan seperti itu, kerana sememangnya terdapat juga orang tempatan yang bertudungmalah berpurdah. Mungkin yang bertanya itu, sememangnya belum pernah bertemu wanita bertudung..Setiba di Bangalore, kami dibawa melawat satu kuil bersejarah. Namun, kami tidak dibenarkan mengambil sebarang gambar di kawasan kuil ini. Jadi, agak sia-sia perjalanan kami ke sana. Tidak lama kemudian, kami dibawa pula ke suatu kedai menjual cenderahati. Mungkin berharap kami membeli sesuatu. Namun, harganya yang agak mahal membuatkan kami melangkah keluar dari kedai. Memandangkan waktu zuhur telah tiba, kami sembahyang di sebuah surau kecil. Terdengar azan dari masjid berhampiran. Rindu pula nak mendengar azan. Setelah solat, kami bergerak ke Commercial Street, di mana banyak kedai di situ. Sememangnya itu lah tujuan kumpulan ini... Hendak membeli belah. Tapi, memandangkan aku tidak membawa banyak wang tunai, aku tidak dapat membeli belah dengan selesa. Aku cuma membeli sehelai seluar jeans yang hendak kugunakan.

Sesungguhnya masa petang kami terbuang dengan meninjau semua kedai yang ada. Sempat juga aku membeli gelang yang cantik, serta sehelai baju. Menjelang senja, kami berkumpul semula untuk pulang. Perjalan pulang pula memakan masa 4 jam. Hampir jam 12 baru kami tiba semula di Infosys. Alhamdulillah..