Assalamualaikum.. Setelah berminggu rasanya tidak menulis, hari ini tergerak untuk mencoret sesuatu. Yang sebetulnya, aku baru sahaja pulang dari berkursus di Kampung Gajah, Perak. Satu kenangan yang amat menarik. Lebih 2 minggu di sana, berkenalan dengan pelbagai jenis dan ragam manusia, yang akhirnya kami rasakan telah menjalin ukhuwah dengan begitu ramai kenalan.
Walaupun, pada mula kursus, aku merasa agak sebal kerana terpaksa menghabiskan masa di satu kawasan yang terperosok di kawasan kampung, tapi, ketenangan dan pemandangan indah itu tidak dapat ku kecapi di bandaraya ini. Kesibukan dengan mendengar ceramah, menghabiskan masa dengan makan, yang membuatku rasa bertambah gemuk.. :p
Namun, yang paling memberi kesan dalam hidupku, kerana hatiku mampu berbunga kembali. Bertemu dengannya, memberi semangat baru dalam hatiku. Terima kasih, my dear..
Namun, lebih dua minggu itu, menyebabkan aku terlepas daripada menghadiri majlis perkahwinan 2 orang sahabat baikku. Asral, maaf ye.. Sudah lah dulu aku terlepas majlis pertunanganmu, sekarang majlis perkahwinan pula. Maaf yang teramat sangat. Harap kita bertemu lagi di lain masa..
Buat Bahiah juga, maaf ye. Sudah berjanji, tak dapat pula aku kotakan. Hari ini aku akan tetap menghadiri kenduri di sebelah pihak lelaki. Promise! :)
Sebenarnya, banyak gambar kenangan yang ingin aku kongsi di sini. Tapi masa tak mengizinkan. Mungkin di lain masa akan kuletakkan.. Namun, gambar-gambar majlis Bahiah boleh dilihat dari laman foto Dayat..

hmm...patut la tak nampak bedah masa kenduri umah bahiah aritu... lama tak jumpa...
ReplyDelete