Daisypath Anniversary tickers

9 November 2006

Kesal di hati

Minggu ketiga syawal, kesibukan di kampus semakin menjadi. Alamklum, UiTM akan mencecah usia 50 tahun, berbagai aktiviti dijalankan di sana sini. Malah pada ketika ini sedang berlangsung Karnival UiTM yang dibuka kepada umum..

Namun bukan itu yang ku kesalkan. Apa yang ku kesalkan adalah sikap palajar-palajarku. Sebelum ini, aku telah mendengar keluhan seorang rakan sekerja mengenai pelajar yang bermulut 'terlebih ajar'. Namun aku dengarkan sahaja sebab belum terkena pada batang hidungku. Hari ini, dua orang pelajar menemuiku. Ketika itu aku sedang bercakap di telefon bimbitku. Namun kuberi isyarat agar pelajar itu menunggu seketika. Setelah segera kutamatkan perbualan di telefon, aku bertanya sama ada pelajar berkenaan hendak menemuiku? Jawapan selamba dari pelajar berkenaan, "tak adalah.. tunggu budak tu.." sambil muka menjuih ke belakangku. Aku menoleh, tiada siapa di situ. jelas pelajar itu cuma memperlekehkanku. Tersentap juga aku dibuatnya. Nampaknya inilah akibat sikap toleransi ku dengan gurauan mereka, dianggap pula aku sebagai rakan sebaya. Kalaupun tak tahu hormatkan pensyarah, paling tidak hormat lah sedikit sebagai seorang yang lebih tua dari mereka? Hmm..

Tidak cukup dengan menghadapi karenah pelajar yang sebegitu, datang pula pelajar yang ku selia untuk projek tahun akhir. Sepanjang satu semester tidak menemuiku, hari ini aku menerima laporan akhirnya yang sememangnya tidak layak aku beri markah Lulus sekalipun. Hmm.. Geram pula aku dibuatnya. Langsung tidak peduli dengan projek yang akan memberi kesan besar kepada pengajian selama 3 tahun itu. Komitmen langsung tiada. Serba salah aku dibuatnya. Bagaimana hendak kubantu, jika pelajar itu tidak mahu membantu dirinya sendiri? Nampaknya esok nama aku sebagai penyelia lah yang akan busuk. Pelajar sebegini, apa yang harus ku lakukan? Gagalkan dia agar dia belajar untuk memberi lebih komitmen? Adakah dia akan belajar? Atau keadaan akan bertambah buruk?

Namun, dalam menghadapi mood aku yang dirosakkan oleh pelajar-pelajar ini, mujur ada juga pelajar yang bagus mengubati hati. Dua orang pelajar yang menjalani latihan praktik di bawah seliaanku, datang menziarahiku di pejabat. Datang untuk menunjukkan hasil kerja mereka yang baik, dan menunjukkan minat yang tinggi untuk meneruskan pengajian. Alangkah baik jika semua pelajarku begitu..

5 comments:

  1. pergh.... camtu rupanye rasa..
    rasa masa aku jd student dulu ..
    jrg gak jumpa lect masa wat thesis..
    tp serius.. mmg masa tu sgt2 bz.. bukan sebb tak nak bg komitemen.. tp ade kes lain.
    apa kata.. ko tanye budak tu..
    mungkin die ada masalah nak bahagikan masa..

    ReplyDelete
  2. sabar ye bedah... aku pun penah gak student wat kurang ajar dengan aku, tapi aku garang, so kena balik la budak tu. tapi tegur kena berhemah, jangan sampai jatuhkan air muka dia (walaupun diorang ni kekadang tak reti nak respek kita)... sabar itu tiada hadnya(?)

    ReplyDelete
  3. Bedah!!!!

    Ergh..agaknya gitulah rasa lecturer2 masa zaman study kat ITM dulu kalau studentnya gitu.

    Tp bab sampai wat lawak 'ngok' tu mmg budak2 zaman ni je.Aku ingat zaman kita bukan main respect lagi sungguh lecturer relek2 mcm en.faizal tu.

    How are u my long lost friend???

    All the best & teruskan usaha mendidik anak bangsa..

    Cha

    ReplyDelete
  4. hmm.. tapi, walaumacamanapun, aku try gak bersabar dengan karenah budak2 ni. kita tak boleh handle them rudely, or else, nnt jadi mcm ibu ketam ajar anak jalan mengiring. tapi, kita jugak x boleh biarkan.. kalau x, akhirnya anak bangsa kita jugak yang rosak..

    ReplyDelete
  5. Memang macam tu perangai student alaf baru. Kita kena ada kekuatan tambahan (fizikal + emosi)untuk menangani student-student alaf baru ini.

    Sedikit tips: kalau boleh, beri tazkirah (berkaitan apa saja spt attitute, motivasi, petingatan)untuk diorang setiap kali sebelum mula kelas - dalam 5 minit. Sekali sekala jika terpaksa, kita boleh marah diorang jika kesalahannya patut menerima kemarahan sebagai balasan. Bukankah teori fizik menyatakan "Daya perlu diberikan pada yg pegun, agar ianya berubah hala"

    InsyaAllah, kita niatkan dengan ikhlas dalam hati, Allah balas pada kita yg setimpal dengannya.

    ZAIDAH BOLEH!

    ReplyDelete