Bertolak pada pagi Khamis dengan berat hatinya. Aku pada mulanya malas hendak mengikuti kursus tersebut. Masakan tidak, aku tidak sempat lagi bercuti. Aku memang merancang hendak bercuti sementara pelajar2 sedang bercuti. Namun, memandangkan kakak ku juga turut dipanggil untuk menghadiri kursus tersebut, aku buat keputusan untuk pergi juga.
Setelah melapor diri, dan mengikuti bengkel2 yang dijalankan aku menjadi lebih bersemangat. Barulah jelas tujuan kursus diadakan. Ia bertujuan melatih para ahli akademik UiTM untuk menjadi jurulatih dalam program pembangunan pelajar di fakulti. Program pembangunan pelajar yang sebelum ini, aku fikirkan hanya bertujuan melatih para pelajar agar bersedia menghadapi dunia pekerjaan. Rupanya ia bertujuan lebih dari itu. Ia lebih bertujuan membentuk sahsiah pemikiran pelajar, dan juga jatidiri pelajar. Terasa aku ini kerdil dalam melatih anak bangsa. Alhamdulillah, kursus sebegini memberiku lebih semangat untuk membantu anak bangsaku agar mampu terus hidup dalam dunia yang semakin mencabar. Hmm.. Mungkin ada yang berpendapat, aku sekadar omong kosong, hangat-hangat tahi ayam. Aku berharap aku dapat mengekalkan semangat yang sedang ada dalam diriku. Demi anak bangsaku sendiri. Aku bagaikan tersedar, yang aku sebenarnya memikul tanggungjawab yang berat apabila aku memilih profesyen ini. Aku sendiri jadi ragu, mampukah seorang wanita seusiaku untuk melaksanakannya?
Antara perkara yang ingin diterapkan dalam diri setiap pelajar adalah jatidiri, patriotisme dan juga profesionalisme. Ini semua bukan sahaja untuk masa depan anak didikku, malah juga masa depan bangsa. Hakikatnya, aku bagaikan baru tersedar kepentinganku dalam mendidik dan memastikan anak didikku menjadi manusia. Selama ini, setiap kali masuk ke kelas, aku cuma memikirkan tentang silibus, dan pengetahuan yang hendak kusampaikan. Tidak pula aku terfikir kepentingan untuk menyelitkan unsur2 kesedaran dalam diri mereka. Mungkinkah aku berjaya mendidik mereka? Atau aku cuma berjaya mengajar mereka?
Tapi tak mengapa.. Kerjayaku baru sahaja bermula. Aku boleh memulakan cara baru dalam sesi pengajaranku. Aku boleh menjadi lebih prihatin dan mengambil berat kemaslahatan para pelajarku. Bukan untuk menjadi busy body, tapi sekadar untuk mendidik mereka dalam menjalani kehidupan mereka pada masa akan datang. Mungkin ada yang akan berfikir, 'Ah! Setakat mana sahaja yang boleh kau lakukan? Sedangkan bekerja pun, baru sahaja setahun jagung. Pengalaman pun belum ada..' Namun aku akan usahakan juga membina pengalaman, dan membantu setakat yang termampu.
Oh ya.. Selain semangat yang aku dapati, aku juga berpeluang buat pertama kalinya berkayak. Aktiviti berkayak diadakan di tasik UiTM. Seronok sungguh. Di samping pengalaman baru, aku juga sempat beramh mesra bersama ramai lagi pensyarah dari fakulti lain. Berjumpa juga beberapa kenalan yang pernah bertemu sewaktu kursus Asas Pengajaran dulu. Seronok juga dapat bergembira sekali sekala.. :)
Pengalaman bermalam di asrama pelajar juga mencuit perasaan. Setelah meninggalkan sekolah, kami semua berpeluang merasa kehidupan seperti di kolej. Masing2 mulalah terasa muda semula.. :D





bukan xde kat kelantan.. happen to be, modul pelajar yg diploma di handle oleh org hep. tp, utk student degree, lecturer.. so, disebabkan shah alam ramai degree student, sbb tu kena train the lecturers to handle the module..
ReplyDelete