Daisypath Anniversary tickers

18 September 2006

Hari Keluarga AIXpose 2006

Ingin berkongsi sedikit saat manis bersama para pelajarku. Semalam, 17 Jun 2006, beberapa orang pelajar yang merupakan ahli jawatankuasa AIXpose (Kelab bagi pelajar CS223) telah dengan jayanya mengadakan satu majlis yang meriah. Hari keluarga, yang dihadiri oleh hampir seratus pelajar, dan aku sebagai pensyarah penasihat yang setia menunggu para anak didikku.. :p Bukanlah setia sangat, tapi, aku gembira dengan aktiviti yang dijalankan. Yang pastinya aku tidak bosan dengan gelagat mereka.

Pagi-pagi sabtu aku telah ke pasar membeli ayam. Aku telah pun berjanji hendak membuat BBQ bersama pelajar-pelajarku. Bukan apa, tentu seronok bakar membakar bersama-sama. Penat lelahku berbalas, kerana nampaknya ayam yang kubawa mendapat sambutan. Bukan sedap sangat pun, tapi kemeriahan memasak bersama-sama yang menyeronokkan. Pagi-pagi Ahad, aku tiba agak lewat sebenarnya. Pelajar-pelajar telah berkumpul sejak jam 8 pagi. Sedang aku tiba hampir jam 9. Namun, ketika aku tiba pelajar2 masih lagi menyusun khemah dan bersedia untuk permainan futsal. Sedang elok aku tiba, permainan futsal dimulakan. Walaupun cuaca agak panas, namun kegembiraan bermain mengatasi keletihan mereka. Walaupun pada mulanya pelajar junior (Part 1) kurang turut serta, mungkin kerana masih belum kenal dan belum mesra. Tapi, setelah permainan futsal dan sukaneka mula berlangsung, mereka mula berkenalan sesama sendiri. Malah di sebelah petang, tidak dapat kubezakan lagi yang mana Part 1 dan Part 6. Serupa sahaja gamaknya. Aku juga turut bermain dengan sukaneka, sengaja hendak menambah kemeriahan. Tapi, cukup sekadar sukaneka. Permainan tarik tali membuat aku menarik diri. Bukan apa, segan pula bermain tarik tali, aku tidaklah sekuat mana. Yang penting aku tak mahu seluar jeans ku bergelumang lumpur.. :p

Alhamdulillah, beberapa teman sekerja juga turut datang memberi sokongan. Terima kasih buat kak Shamimi, kak Azlin, kak Marina dan Dr Azlinah yang turut serta memeriahkan majllis. Walaupun bukan aku yang menganjurkan majlis, tetapi, susah tentu aku mengharapkan pensyarah turut serta dalam majlis seumpamanya. Walaubagaimanapun, ingin kutujukan jutaan tahniah buat para peajar yang berjaya menganjurkan majlis seumpamanya ini. Thanks guys! Good job! Sedikit gambar yang kutangkap dengan telefon bimbitku..

No comments:

Post a Comment