Daisypath Anniversary tickers

6 July 2006

Coretan seminggu...

Ahad lepas, aku dan beberapa kawan bertandang ke kenduri kahwin seorang kawan lama, Mastura Idris. Meriah juga majlis yang diadakan di Kompleks Tabung Haji. Sebenarnya, pertama kali aku ke majlis perkahwinan di sana. Malangnya, aku tidak membawa kamera bersama. Aku ke sana bersama Matun, juga seorang kawan lama, yang sudah lama tidak bersua. Walaupun rumah kami tidak lah berjauhan, tapi memang sudah lama tak bertemu.

Di majlis Mas, kami bertemu dengan Yan, Didi, Dayah dan Fizwan. Kemudian, Fida dan Idayu pula tiba. Dituruti Yana dan Abang Chaq, serta Saiful dan Afdal. Tak disangka pula, bertemu dengan Ismail di sana. Mail masih macam dulu, suka mengusik.. :)

Seperti biasa, Isnin pula tiba. Aduh.. Hari Isnin memang menyakitkan.. Kena bangkit awal pagi, untuk bersiap ke pejabat. Memang tidak kunafikan, sebagai pensyarah aku tidak semestinya masuk kerja jam 8 pagi. Tapi, aku rasa segan pula datang lewat, sedangkan aku selalu hendak pulang jam 5 petang. :p

Seperti minggu lepas, aku tidak perasan hari kian berlalu. Pejam celik, jumaat tiba. Aku dikejar dengan pelbagai tarikh akhir buat dua minggu ini. Sebab itu makin kelam kabut hidupku. Mana nak dikejar tarikh akhir menyiapkan jadual waktu fakulti, tugasan-tugasan kursus yang masih belum siap, ditambah pula pihak atasan sudah menetapkan tarikh untuk melancarkan laman web unit yang masih belum kuusik walau sedikit. Makin pening aku dibuatnya.. Mungkin aku terpaksa bekerja sepanjang hujung minggu menyiapkannya. :(

Cukuplah mengenai kerja. Minggu lepas tarikh lahir Akmal. Kuhadiahi dengan gelang yang kupesan pada Kak Lin dari Sabah. Minggu hadapan, giliran Nurul pula. Selepas seminggu, Kak Nor pula menyambut tarikh lahirnya. Sebenarnya, sudah kupesan gelang yang sama tapi tak serupa untuk semua adik-adik dan kakakku. Biar adil, dan mereka tidak berpeluang meminta yang bukan2.. :D