Daisypath Anniversary tickers

30 June 2006

Semester sudah bermula

Assalamualaikum,

Sudah tiba semester baru. Nampaknya, semester sudah pun bermula. Seperti biasa, bermulanya semester, bermulanya kesibukan baru. Walaupun sebenarnya, ramai di kalangan rakan sekerja yang belum sempat bercuti sepanjang cuti semester yang baru sahaja berakhir. Mujur aku sempat juga mengambil cuti, menenangkan otak sebelum bermulanya 'kekelamkabutan' untuk semester ini.

Sebenarnya, aku ada kelas selepas ini. Tapi, aku masih ada kurang setengah jam untuk berceloteh di sini.. :P Mujur aku telah pun menyediakan bahan mengajar malam tadi. Aku juga telah berbincang dengan rakan sekerja tentang apa yang akan kami ajarkan malam ini.

Aku kini sudah agak selesa dengan kesibukan ini. Aku agak gembira sebenarnya, kerana semester bermula lagi. Aku lebih gemar mengajar daripada membuat kerja-kerja pentadbiran, yang padaku agak membebankan. Namun, realitinya beginilah. Kita tidak sentiasa dapat apa yang kita mahukan. Falsafah ini melibatkan banyak perkara. Bukan sahaja pekerjaan, perasaan, dan apa jua. Kadang-kadang, perkara kecil seperti pakaian yang kita hendak pakai pun tidak dapat memuaskan hati kita.

Hehehe.. Ntah apa yang ku merepekkan ni. Walaubagaimanapun, ingin ku ucapkan selamat kembali belajar buat rakan-rakan yang masih belajar. Buat Maiz, yang memulakan pengajiannya semester ini, tahniah dan selamat maju jaya.. Buat Epul yang baru tamat pengajian, selamat memulakan tugas. Welcome to UiTM (as a colleague..) Ok lah, dah tiba masa ke kelas. Salam...

No comments:

Post a Comment