Daisypath Anniversary tickers

15 March 2006

Setelah sebulan..

Assalamualaikum, khas buat yang sudi bertandang ke laman ini. Sudah sebulan aku tidak menulis di sini. Agak sibuk, maaf ye.. Bagaimanapun, hari ini, ingin ku luangkan bersama laman ini. Sebulan berlalu, bermacam perkara kualami, bermacam rasa kutempuhi.
 
Beberapa minggu lalu, segumpal awan gelap mengunjungi hidupku. Alhamdulillah, aku mempunyai beberapa teman yang sudi memayungi aku dari terus kebasahan. Aku juga bersyukur kerana awan itu telah berlalu dan menyinarlah sang mentari yang sebelum ini bersembunyi. Sampai bila kan bertahannya panas matahari, hanya Allah yang tahu. Apa yang kuharapkan, agar matahari takkan bersembunyi di balik awan lagi.. :)
 
Di samping cuaca yang berubah-ubah dalam tempoh sebulan ini, aku juga sebenarnya sedang tidak berapa sihat. Badan terasa lemah, kepala asyik berpusing sahaja. Mungkin kesan kurang bersenam, kerana asyik sibuk dengan kerja.. Aku berazam untuk berubah.. :)
 
Aku juga telah menghadiri majlis perkahwinan seorang sahabatku, dalam tempoh sebulan ini. Yaz, selamat pengantin baru. Semoga berbahagia sehingga ke akhir hayat..

2 comments:

  1. awann yangg terpiluuuuu...... huhuhu

    ReplyDelete
  2. Betul, dayat.. awan yang terpilu.. time kasih la pada ning baizura yang sudi nyanyikan lagu tu utk aku.. hehehe..

    ReplyDelete