Hi !
Tajuk yang agak pelik, kan? Hmm.. Aku sebenarnya agak tension dengan ibuku, akhir-akhir ini.. Geram pulak dibuatnya. Kalau anda tertanya-tanya apa yang membuatku geram, jawapannya, mungkin anda sendiri tahu.. Biasalah, setelah umur mencecah suku abad, dan dilihat pula, aku sentiasa sibuk dengan kerja, mulalah persoalan yang sama diajukan. Kalau setakat bertanya, 'bila nak kawin?' aku masih boleh menepis. Tapi, kalau dah mula nak menjodohkan aku dengan anak-anak teman, mulalah aku menggelabah. Ntah kali keberapa, aku menepis kunjungan sahabat handai ibuku. Kadangkala, risau juga, nanti jadi ADT, baru tahu.. :D
Semalam, ibuku dikunjungi sahabat lamanya. Membawa hajatlah tu.. Hmm.. Mujur aku di pejabat waktu itu. Sudahlah sibuk dengan mesyuarat yang memakan masa, bila aku tiba di rumah, terlihat pula adik-adik yang tersengih sumbing. Pada mulanya, aku tidak perasan senyuman adikku (yang aku faham maksudnya..) Adikku, dengan selamba mengabaikan kepenatan aku yang baru pulang dari kerja, mumbuka kisah. Panas juga hati dibuatnya.. Alamak.. Apa pula helahku kali ini?
Aku masih menanti. Menanti masa yang sesuai. Cerewet kah aku? Mungkin ada yang memikirkan, aku gadis mengada-ngada. Demand tinggi dll.. Tapi, siapa yang tahu, aku masih menanti prince charming ku.. Hehehe.. Macam dalam cerita dongeng pula. Mungkinkah akan datang seorang putera menaiki kuda putih, datang membawaku ke istana impian.. :p

No comments:
Post a Comment