Daisypath Anniversary tickers

16 February 2006

Live your life to the fullest..

Setelah berminggu tidak menulis di sini, aku rasa rindu pula.. Kesibukan di pejabat, menghalang aku daripada menulis. Tapi, petang ini, aku ambil sedikit kesempatan untuk blog ini..
 
Pagi ini, aku tiba-tiba disuntik dengan suatu semangat yang datangnya entah dari mana. Bangun dari tidur, aku mula merancang jadual harianku. Biasalah, bila mula merancang, aku akan mula teringat dengan pelbagai perkara yang masih belum selesai. Masalahnya, bila sudah berfikir tentang semua itu, aku mula pening.
 
Tapi, aku cuba berfikir dari sudut yang positif. Mengapa harus aku lakukan semua ini? Buat apa, ku sesakkan kepala dengan kerja-kerja yang macam-macam ini? Akhirnya, aku cuma tersenyum sendiri dengan jawapan yang timbul di benakku. Ya, live my life to the fullest.. Aku tiba-tiba rasa bersemangat untuk meneruskan semua yang sudah kumulakan.. Cuma, aku harus mengatur strategi untuk menyelesaikannya..
 
Strategi tentang kerja-kerja di pejabat, kerja-kerja penyelidikan yang menuntut kesabaran, memerah otak mencari idea yang sesuai untuk kujadikan tajuk bagi PhD, dan juga cara untuk meluangkan masa berkualiti buat keluarga, buah hati kesayanganku, serta sahabat-sahabat yang setia bersamaku..
 
Aku tidak lupa mengatur strategi buat ilhamekar. Jadi, buat sahabat-sahabat yang ingin melangsungkan pernikahan tahun ini, jangan lupa hubungi aku atau Hidayat. Jangan malu-malu, atau segan-segan. Jika anda memikirkan suatu design tersendiri, beritahu sahaja. InsyaAllah, kami cuba usahakan..
 
Sekarang, aku ingin menikmati hidup sebaiknya. Kita tak pernah tahu bila ia akan berakhir. Mungkin 50, 10 atau setahun lagi.. Mungkin juga esok lusa, atau sedetik lagi. Siapa tahu? Wallahu A'lam.. So, enjoy your life! :)
 
ps:- Aku ingin ucapkan tahniah buat sahabat-sahabat yang bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi.. Aku tumpang excited menanti berita gembira kalian.. :)

1 comment:

  1. masalah, bukan x jumpa yang special.. tapi, mungkin masa belum sesuai.. dan adakah the special is the one? :)

    ReplyDelete