Daisypath Anniversary tickers

21 March 2006

Berita baik!

Pagi ni, ada sedikit berita baik ingin ku kongsi bersama para sahabat yang sama-sama belajar keperitan dan kegembiraan seorang mahasiswa, semasa mengikuti Program CS10 dahulu. Jadi kepada batch 99-03 yang mungkin terlepas pandang hebahan ini melalui Yahoo! Groups, silalah baca ad di bawah ni..
 
______________________________________________________________________________________________________________
 
Hebahan Majlis MESRa ex-CS10

 

Assalamualaikum,

 

Hello everybody! Majlis MESRa ex-CS10 akan diadakan buat pertama kalinya!

 

Majlis Menjalin Erat SilaturRahim (MESRa) ex-CS10 bertujuan untuk mengumpulkan semula sahabat handai dan menjalin semula tali persahabatan yang kini mungkin tidak seerat dulu.. (ala-ala reunion party la..)  Almaklumlah, semua dah berkerjaya.. Jadi, inilah masanya kita nak berhimpun semula. Kali ni, mungkin ahli keluarga ex-CS10 dah bertambah, memandangkan ramai antara kita sudah berkeluarga. Jadi, apa tunggu lagi, bawalah keluarga (atau pasangan) anda, berkenalan dengan ahli keluarga ex-CS10.

 

Terdapat cadangan supaya majlis reunion tidak diadakan pada waktu malam. So, cadangan masa dan tempat majlis adalah seperti berikut..

 

Tarikh : 3 Jun 2006

Waktu : 3.00 pm

Tempat: Kelab Selangor atau Kelab Selangor, Shah Alam

Bayaran : RM30 shj

 

Walaubagaimanapun, details di atas adalah masih di peringkat cadangan. Sebarang respon akan dipertimbangkan.

 

Hopefully, kali ni kita dapat kumpulkan semua orang dan majlis ni dapat diadakan dengan gempak sekali! Buat masa ini, Jawatankuasa Penganjur terdiri daripada Zaida, Dayat dan Afdal. Sekiranya ada yang sudi menyumbangkan tenaga, just tell us!

 

 

No comments:

Post a Comment