Malam ni, sekadar nak berkongsi perasaan dengan sesiapa yang sudi berkongsi rasa. Sebenarnya, malam ini, aku telah mengambil satu keputusan penting buat diriku. Bagi sahabat-sahabat yang pernah cuba membuat telahan tentang diriku dengan si dia, terimalah keadaan kami seadanya. Kami tidak lagi seperti dulu. Jangan bertanya apa yang terjadi, siapa yang bersalah, atau apa sahaja spekulasi. Sesungguhnya, kami sepakat dengan apa yang kami lakukan ni, dan tiada siapa yang bersalah. Memang aku tahu, sekiranya berita gossip mula tersebar, maka berbagai spekulasi dibuat. Dan akhirnya, akan menimbulkan fitnah.
Mungkin ada yang berfikiran, aku harus mengumumkan dengan terperinci perkara begini. Namun, ini terlalu peribadi untuk dikongsi bersama umum. Cukuplah sekadar tahu kedudukanku sekarang, agar tiada yang salah faham. InsyaAllah, kami akan membawa diri ke jalan masing-masing. Mungkin juga ada yang berpendapat aku tidak perlu menulis hal ini di dalam blogku. Tapi, fahami lah.. Aku harus menerangkan keadaan ini supaya tiada salah faham, yang akhirnya menuding jari kepada kami. Terutama bagi anda yang mungkin bergembira dengan berita ini, ketahuilah, aku tidak akan rebah dengan masalah ini. Alhamdulillah aku masih ada beberapa teman yang sudi meminjamkan bahu mereka sewaktu aku dalam kesedihan. Terima kasih.. :)
Namun, dalam keadaan begini, aku agak tersinggung dengan kata-kata seorang teman yang selama ini ku anggap bagai sahabat. Mungkin kata-kata itu bukan ditujukan padaku, namun aku terasa juga pedasnya. Tak mengapalah. Aku maafkan sekiranya memang tujuan kata-kata itu untuk menyakitiku. Tapi, jika tidak, alhamdulillah..
Walaupun aku di dalam kesedihan, terdapat juga berita gembira dari sahabat-sahabat yang ingin ku kongsi bersama.. Kenduri perkahwinan Huda. Di sini kukongsikan gambar-gambar di majlis perkahwinan yang meriah.. Dapat juga aku bertemu dengan beberapa sahabat dari Jenan, yang telah lama tidak ku temui..
Cuma apa yang ingin ku katakan, seorang sahabat adalah seorang yang sudi berkongsi kesedihan, sudi menegur kesalahan dan juga sudi menghulurkan bantuan. Jambangan kasih buat sahabat-sahabat yang kuat menyokong ku..

ketika awan pilu gelap menyelubungi kehidupan,sesungguhnya iman dan doa pada yang Esa, beserta kepastian akan sokongan sahabat setia,umpama payung berharga melindungi diri dari kebasahan dan penyuluh paling terang menuju jalan ke pintu kebahagiaan...
ReplyDeletemaafkanlah kiranya catatan ini mengganggu ketenteraman, almaklum hamba hanya seorang rakan yang memerhati dari kejauhan....
sabar sahaja penyuluh ketika masalah melanda.... macam yg aku cakap selalu... biasanya selepas hujan ribut melanda, hari akan lebih cerah dan ceria.... kadang2 tu siap ada pelangi lagi.... carilah aku jika ada apa2 yg nak diluahkan.... aku sentiasa sudi menjadi teman pendengar
ReplyDeletethanks korang.. korang mmg kawan yang world! :)
ReplyDeleteAdakala DIA memberi tanpa sempat kita menadah kerana DIA mengerti keperluan hambaNYA. Kadangkala DIA mengambil semula sblm sempat kita bersedia kerana DIA ingin menguji hambaNYA tetapi DIA tetap tak pernah lupakan hambaNYA...
ReplyDeleteKiranya tiada cinta untukmu, cukuplah ALLAH sebagai penyuluh hidupmu, kelak akan ada cinta untukmu dari insan yang mencintai ALLAH sebagaimana cintamu terhadapNYA...
tak tau nak kata apa. sabar je la eh. ceria2 & bijaksana mcm biasa ok ;-)
ReplyDeletePerjalanan hidup adakalanya begitu memeritkan, terlalu pahit utk menelan ketentuan yg telah ditentukan buat kita, kita tersenyum, kita bergembira, bertopengkan kepuraan seolah sentiasa segala yg terancang mengikut jadual jalannya, namun hati menangis siapa yg tau, ketika ini betapa kita mensyukuri bahawa keredhaan Allah adlh segala-galanya ... buat pemilik blog, aku mengungkaikan segala kata-kata perangsang dan harapan dgn mendoakan segala yg terbaik buat dirimu dunia dan akhirat ...
ReplyDeleteterima kasih, iwa dan eros.. buat kawan yang terlambat tau, sudi lah kiranya memberitahu nama. terima kasih atas sokongan u all..
ReplyDelete