Assalamualaikum.. Setelah difikirkan, aku dan adikku bersepakat untuk mengadakan rumah terbuka buat sahabat-sahabat yang sudi menjengah ke teratak buruk kami. Acara akan diadakan di rumah kami, (Seksyen 8) pada 20 November ini, jam 2.00 petang ke atas. Jemputan ini khas buat teman-teman seperjuangan sejak di zaman persekolahan ( SAMT Hishamuddin Kg Jawa 94-96, SMSAH Jitra @ ex-jenan9498) dan juga teman sekuliah (Diploma CS110 99-01 dan BSc CS223 02-03). Buat teman sekerja yang sudi juga dipersilakanlah..
Kali ini, mungkin kehadiran sahabat-sahabat agak berbeza dari tahun-tahun sudah, memandangkan ramai antara teman-teman sudah pun berumahtangga. Janganlah bimbang, silalah bawa suami dan anak-anak.. Kenal2kan pada teman yang lain.. :) Ditambah pula, kini ramai sahabatku yang sudah bekerja di sekitar lembah Klang. Kalau tahun-tahun sudah, agak susah untuk mereka datang kerana masing-masing sibuk dengan pengajian di seluruh negara. Diharap, teman-teman dapatlah luangkan masa untuk ke rumahku pada 20 November nanti.
Terasa rindu untuk bertemu dengan teman-temanku. InsyaAllah, kita akan bertemu semula minggu hadapan ye? :)

insyaallah aku datang.... sediakanla makanan yg sedap sedap untuk aku wakakakaka....
ReplyDeletei was counting to come and celebrate raya at ur house but at the very last minute i m kicking my ass at home, cringing over the fact that i couldnt make it. i m sure at this time of writing everyone is having a blast. except me... i m so upset... why oh why?!?!
ReplyDelete