Di pagi yang cerah ni, ingin aku ucapkan terima kasih buat sahabat2 yang sudi datang ke rumahku semalam.. Walaupun makanan yang dihidang tidaklah sehebat mana, alhamdulillah ramai juga yang hadir. Tidak dilupa buat pelajar-pelajarku. Terima kasih banyak.
Afdal menelefon, menyatakan maaf kerana tidak dapat hadir ke rumah ku. Tak mengapa, Afdal. Ketiadaan Afdal dah diganti oleh orang lain.. :) Dari pertemuan dengan sahabat-sahabat lama, dapat kusimpulkan, yang mereka semua bahagia. Seronok melihat kawan-kawan yang datang bersama suami, tidak kurang juga yang membawa kereta baru, serta pasangan baru..
Kemeriahan semalam, ingin ku kongsi bersama pembaca2 blogku yang kufikir hanya terdiri dari sahabat-sahabatku sahaja.. :P Akanku sertakan gambar-gambar di sini..

No comments:
Post a Comment