Daisypath Anniversary tickers

8 November 2005

Kesunyian di fakulti

Pagi-pagi hari keenam syawal, aku berada di pejabat. Terasa sungguh kesunyian di fakulti ini. Ditambah pula kedudukan fakulti yang di atas bukit ini, terasa lebih sunyi lagi. Aku mula bekerja sejak semalam, memandangkan aku memang tidak mengambil cuti selepas raya. Aku terpaksa melupakan waktu bersantai di rumah, kerana memikirkan kertas peperiksaan pelajar2 ku yang belum kusemak lagi. Ditambah pula, pelajar2 aku bakal menduduki peperiksaan hari Khamis nanti, tentu aku tiada masa kelak untuk semua kerja-kerja lain. Jadi, aku tekad duduk di pejabat menyiapkan kerja-kerja yang tertangguh. Lagipun, di rumah, aku bukannya ada kerja hendak dibuat melainkan menonton televisyen, sambil melayan karenah ibuku yang baru pencen bulan lepas..

Raya tahun ini, aku mungkin tidak dapat mengadakan rumah terbuka buat sahabat2ku, seperti tahun-tahun sudah. (Walaupun tahun lepas juga tiada rumah terbuka kerana aku sibuk dengan thesis ku). Memandangkan aku kini sudah kembali ke Shah Alam, tentu kawan-kawan menunggu jemputan dariku. Aku tidak dapat menjanjikan apa-apa memandangkan adik2 ku sedang sibuk dengan peperiksaan, agak susah mengadakan rumah terbuka kerana mereka juga hendak meraikan kawan-kawan mereka. Mungkin bila ada kesempatan nanti, akan ku adakan jua.. Buat sahabat-sahabatku, jangan marah ye.. InsyaAllah, kita akan bertemu juga..

Cukuplah celotehku buat hari ini. Buat sahabat-sahabat muslim, Salam Aidilfitri, dan maafkan salah dan silapku. Tidak dilupa buat kenalan yang beragama Hindu, Happy Deepavali. :)

2 comments:

  1. takde open house? x pe. tp jgn lupa g umah kwn2 yg buat open house.

    ReplyDelete
  2. insyaAllah.. tapi, siapa gerangannya yang bercakap tu.. dengar suara, x nampak rupa.. takut sesat mencari jalan ke rumahnya nanti.

    ReplyDelete