Daisypath Anniversary tickers

26 September 2005

Pasrah..

Assalamualaikum.. Setelah beberapa hari sibuk dengan urusan di pejabat, hari ini, tetap ingin kuluangkan sedikit masaku di sini. Cuma hari awan agak mendung. Kurang sinar ceria menghiasi hari-hariku sejak semalam. Tidak dapat kutafsirkan perasaanku. Sedih, marah, dan kecewa. Mengapa? Usah ditanya. Biarlah aku selesaikan segalanya, dan mungkin suatu hari, akan terlihat juga senyumku..

Memikirkan masalah yang sedang kuhadapi, kekadang membuat aku panas hati. Namun kekadang ia juga membuat aku sedih. InsyaAllah, akan ku cuba ubati hati yang sudah terguris.. Apa yang kuharapkan, sedikit doa dari sahabat-sahabat agar aku tidak goyah dengan masalahku. Memang tidak kunafikan, aku memang punyai ramai sahabat2 yang sentiasa bersedia mendengar keluh kesahku. Tapi, kali ini, jangan ditanya. Akan kucuba selesaikan sendiri..

Buat sahabat2 yang mungkin terdengar angin bertiup, usahlah membuat sebarang spekulasi. Usah mencari salah sesiapa, usah sibuk bertanya. Biarkan sahaja angin bertiup, walau sekencang Katrina, satu masa kan berhenti juga..

3 comments:

  1. kenapa ni??? ada apa2 yg boleh saya bantu?.....

    ReplyDelete
  2. jangan la bersedih... kita pun jadi sedih...

    saya pun sudi membantu. u know how to contact me kan?

    ReplyDelete
  3. bedah, aku faham perasaan kau. aku pun biasa bersedih. take my advice. cuba baca al-quran. jgn niat baca al-quran nak hilang sedih. niat lah kita menyerah diri sepenuhnya kpd Allah. Allah lah yg menjadikan semua perkara termasuk kita. hanya Allah yg tahu segalanya. Allah tahu diri kita lebih dari kita tahu diri sendiri. insyaAllah hilang sedihmu.

    ReplyDelete